Yang Join Aku Nie!

Wednesday, October 1, 2014

Aku Tulis, Korang Terasa.....

Aku memang minat menulis, sejak zaman persekolahan lagi, subjek bahasa melayu memang subjek kegemaran, lagi lagi penulisan karangan.. masa zaman sekolah aku jugak pernah buat novel tak silap aku dah ada 15 episod aku tulis sendiri, tapi aku tak tahu mana novel tu pergi, aku tulis dalam buku nota garisan satu... dah banyak jugak yang aku tulis.. aku juga pernah menulis cerpen dan cerita dongeng, tapi sampai sekarang aku dah tak pernah jumpa hasil karya aku tu... 

Biler bekerja aku buat blog untuk mengisi masa lapang dengan minat aku ini, memula seronok dan aku bebas menzahirkan buah pendapat aku, lama kelamaan aku mula bosan dalam blog walaupun banyak idea nak menulis dan aku mula menzahirkan tulisan aku dalam facebook pulak.. 

Aku bebas berkata kata berdasarkan buah fikiran juga pendapat yang kadang kadang berlainan dengan orang.. kekadang orang tak paham apa yang aku maksudkan dalam penulisan aku dan kadang kadang pula ramai yang terasa dengan penulisan aku walau hakikatnya penulisan aku itu umum dan bukan tuju kepada mereka.. tapi aku tak kesah, aku tak takut, dan aku langsung tak peduli sebab aku rasa aku bebas untuk menulis buah fikiran aku sekaligus menjadi peringatan untuk aku snediri juga bila aku menulis....

Sebab tu aku jarang menulis fakta atau share fakta tanpa ada bukti, aku lebih suka merapu dan kerapu, dan penulisan aku lebih kepada pemerhatian pada sekeliling aku...

Pada yang terasa aku tahu bukan mudah untuk menerima tulisan aku yang mungkin ada sangkut paut dengan kehidupan seharian korang.... zaman sekarang orang terlampau suka buat spekulasi sendiri berdasarkan apa yang mereka nampak dan baca, bukan memikirkannya dan mengkaji dulu sebelum membuat rumusan.... Aku tak cepat melatah, aku cuma cepat melatah pada mereka mereka yang suka meninggi diri, angkuh dan sombong.... Aku memang payah nak pandang orang sebagai musuh aku, tak tahu pulak aku kalau ada orang anggap aku musah mereka.. aku bukan senang nak unfreind, block jauh sekali nak buang mereka, kecuali mereka yang betul betul mengacau hidup aku.....

Itu sahaja dari ku penulis picisan ditengah laman.........

2 comments:

Akmall Razlan said...

saya takde la suka sangat menulis dulu, tapi bila dah menulis ni, rasa macam setiausaha pulak, menaip takyah tengok dah keyboard, kalau dulu, hahhaa.. satu satu tekan. kesian nau.. tapi sekarang dah macam pro dah! hahaha.. btw, teruskan menulis kak! suka baca!

Anonymous said...

Betul tu . Manusia zaman sekarang ni tak boleh tengok orang tu senang . Mesti nak komen lebih lebih .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...