Yang Join Aku Nie!

Tuesday, April 22, 2014

Maxis menuntut Bayaran Untuk Internet Percuma

Ok pepagi tadi on FB ternampak satu post dari Oh Media di FB mereka, mengatakan ada langganan internet percuma untuk 1GB untuk lima hari diberikan secara percuma untuk semua pelanggan maxis... Pelanggan maxis cuma perlu masukkan code yang diberikan dan tekan dile... Maxis akan terus menghantar terus mesej ke telefon bombit mengatakan pas internet telah di aktifkan...


So apa lagi aku try lah FOC kan.. menjadi ko.. Aku pon share kat FB... Beberapa kawan aku yang cuba juga berjaya, tapi tak lama rupanya beberapa jam lepas tu ada kawan aku kata dh tak leh buat.. So maknanya maxis dah sekat lah yer...

Selepas jer kengkawan aku gitau yang dah tak leh buat. bertalu talu mesej kat FB. whatsup masuk bahawa perkhidmatan internet percuma yang aku  share  tersebut bukan percuma, siap ada yang kata pihak maxis telah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut dan akan membuat tuntutan pada setiap pelanggan prepaid maxis yang telah aktifkan perkhidmatan tersebut... hahhahha aku senyumm dan gelak jer baca yang mereka share tu, macam tak logik kan siap laporan polis.

Kalau yg share kata maxis mengalami ganguan teknikal dan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kod tersebut dan maxis akan mengenakan bayaran rm9 untuk perkhidmatan tersebut.. yang ni ok lah sikit pada laporan polis tu..

Mereka ni nak menjatuhkan maxis tak hagak2... so lepas jer mesej tu cam peluru perpandu tersebar secara tak langsung yg dah aktifkan mesti takut dan mula lah memasing cuba nak salahkan maxis sebab membuat tindakan tak logik atas kesilapan teknikal mereka sendiri.. Yang buruk maxis gak..

Aku tak puas hati selagi tak dapai info tepat dari maxis.. sebab yg aku dapat semua mesej berantai suh sharekan... so aku godek godek page maxis dan hotlink kat fb dan terjumpa satu soalan dari pengguna maxis mengenai peekara ini dan mendapat feedback dari maxis bahawa itu adalah kesilapan teknikal dari pihak mereka dan mereka telah menyekat code tersebut dan tiada sebarang caj dikenakan untuk pelanggan yang telah mengaktifkanya...

So jangan risau ok, confirm tiada caj dikenakan tuk sesiapa yang telah cuba aktifkan langganan internet percuma tersebut.. Confirm FOC sebab aku pun ada mengajukan soalan yang sama pada pihak maxis tadi dan mereka memberikan jawpan yang sama juga.. hehehhe huntunggg sabut timbul, untung batu tenggelam, yer dak... Terima kasih buat maxis sebab anda dah buat amal jariah.. Terima kasih gak buat maxis sebab menjawab persoalan kami pelanggan maxis yg budiman ni...




1 comment:

Lydia Miza said...

Oooo ingatkan selamanya. Hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...