Yang Join Aku Nie!

Saturday, December 31, 2011

COUNTDOWN 00.00.00 (TIME), 01.01.2012 (DATE)

Say "Kbai" to 2011, say "Welcome to 2012... Tinggalkan 2011 dengan seribu kenangan, sambut 2012 dengan seribu satu impian... Mudah-mudahan kita hidup kita sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Thursday, December 29, 2011

Ayat Pendek

 “Buanglah tongkat dan cuba berjalan dengan kaki sendiri”

by Tun Dr Mahathir Mohamad
myMetro Online

p/s : Ayuhlah bangsaku!!!

Wednesday, December 28, 2011

Mengendap Perempuan Berak (18SGELI)

Sungguh kasar tajuk di atas kan... Hurmmm bagi yang tak mo baca sila abaikan tajuk di atas.. Mengendap orang berak kebiasaannya sejak kecil kita di ajuk oleh mak, ayah, datuk nenek kita dengan masalah Ketumbit... Betul ke fakta itu tidak sama sekali dapat di pastikan... Tapi ajukan sebegitu sudah sebati dengan diri dan masyarakat kita dahulu.. Sekarang ni tak pasti pulak IEB adakah masih ada lagi ajukan seperti itu...
Sebenarnya apa yang nak IEB sampai tiada kaitan dengan masalah Ketumbit. Pagi tadi tergelak IEB bila dah lama tak tengok keyword di blog IEB, koram tahu apa yang IEB jumpa?? IEB jumpa ada pulak yang mencarik keyword Mengendap Perempuan Berak di blog IEB ini... Siapa lah yang mencari tu. Agak-agaknyer koram sekarang mesti tengah ketumbit kan skang nie sebab carik benda alah tu kat blog IEB.. 

Fakta Mengenai KETUMBIT :

 Profesor Dr. Muhaya Mohamad Noor, Pakar Perunding Mata, Kuala Lumpur
Kalazion
Biasanya ketumbit mengambil masa tiga hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan. 

Rawatan utama untuk ketumbit ialah pembedahan kecil atau penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman.
Pembedahan juga hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. 

Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.

Pada peringkat awal, kalazion dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata.
Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu.

Rawatan
Ketumbit juga tidak menyebabkan kebutaan! Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata.

Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit

Ketumbit boleh menyebabkan sedikit gangguan penglihatan jika ia menjadi terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, di mana ia menyebabkan astigmatisme. 

Anak yang sering mendapat ketumbit juga bukannya kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja.
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain! Ini kerana ia berlaku disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

Jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.

Pembedahan kalazion untuk golongan dewasa dan kanak-kanak juga berbeza dan hanya dilakukan jika perlu.

Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan.

Bagaimanapun, kanak-kanak akan memerlukan bius am (penuh) untuk menjalani pembedahan ini atas sebab-sebab yang jelas.

Gambar Sekitar Malam Pratonton Filem Papa I Love U

Malam tadi sekali lagi IEB dapat tiket percuma untu Malam Pratonton Papa I Love U, dimana sebelum ini IEB dapat tiket Untuk malam Pra Tonton Alamak Toyol. tapi di sebabkan perkara yang tidak dapat di elakkan IEB tak dapat hadir ke Majlis Malam Pra Tonton Alamak Toyol tersebut... Malam tadi IEB gagahkan diri juga bersama Encek Bard, dan adik-adik IEB ke Malam Pratonton Papa I ♥ U tersebut. Turut hadir bersama IEB blogger femes amos kiter si Ujang dan Yana yang comel membawa perut tu. 

Terima Kasih buat MIG dan Mr. David Teo yang baik hati memberi kami tiket percuma tersebut. Sekalung Ucapan tahniah juga di ucapkan buat Mr. David Teo yang telah di anugerahkan pangat Mejar kepada beliau. Filem tersebut adalah filem ke-2 arahan Hashim Rejab  mengangkat pelakun utama Mia Sara Nasuha, Lisa Surihani dan pelakun baru Zalif Sidek (dikenali sebagai Mat Saja dalam Bini-bini Ku Gangster) dimana filem pertama beliau Sekali Lagi yang tutut dibintangai si cilik Mia Sara Nasuha, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam.

Di Majlis tersebut IEB turut bertemu  dengan beberapa blogger femes yang turut mendapat jemputan seperti si blogger ensem Bro Framstone (kembang Bro kene puji), si blogger voge the vase Nisa Kay dan si blogger cute miut Cik Siezuka. Ada juga bebrapa blogger yang hadir, tapi sayang IEB tidak berapa mengenali mereka.. Maaf yer sebab IEB nie belum terbabit secara penuh dalam dunia blogger ni. Entry Bro Framstone untuk majlis tersebut Sekitar Majlis Pra-Tonton Papa I Love U.

Jom kita layan gambar sekitar Malam Pratonton Filem Papa I Love U.. Insya Allah IEB akan review filem tersebut jika berkesempatan.
 Jangan marah
Ni lah pengarah, pelakun penerbit fopular di hati saya, jangan curik dia yer..  wit En. Bard Sayang
 Sesi Pendaftaran 
 K. Ngah, Mejar, Mejar David Teo, IEb, Qayyum
 Wit pelakon comel Wawa Zainal aka Bunga dalam drama Ana Lulu
En. Bard, IEB & Bro Framstone (sila abaikan perlawanan perut paling besar)
 Tengok orang tersembunyi.. Hehehheheh 
 Wit Cik Sizuka, cute kan
 Ya Allah Mia Sara Nasuha sangat comellllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll.......


 Wit Yusri, giler awet muda
Wit Lisa Surirumah, eh bukan Surihani
 Wit Nisa Kay (Nisa Suka MEnaip)
 Kami barisan pelakun utama mengucapkan ribuan terima kasih apda tetamu yang ahdir menyokong.. Ngee
 Comel kan Yana.....

Friday, December 23, 2011

Opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari

Boleh katakan hari-hari sana- sini dan mana-mana orang bercakap mengenai SBPA, Skim Baru Perkhidmatan Awam yang telah di umumkan Perdana Menteri kita pada Pengumuman Bajet 2012 yang lepas. Rata-rata yang berada di kedai makan, cafe-cefe opis, shopping compleks, pantry pejabat, pergi pasar, pergi myden/tesco/giant bercerita mengenai hal yang sama. Baik penjawat awam juga pekerja swasta. 

Bagi orang swasta kata kami ini penjawat awam beruntung sebab kerajaan naikkan banyak gaji kami, manakala bagi penjawat awam pula rata-rata kurang setuju dengan skim tersebut yang kononnya hanya mengkayakan golongan-golongan primear iaini golongan atasa seperti Jusa dan Turus. Selepas perundingan di antar Cuepacs dan Perdana Menteri kita semalam, nampaknya PM mengumumkan bahawa, SKIM tersebut di tangguhkan pada satu tarikh ditetapkan iaitu 15 Januari 2012 yang mana tarikh terakhir sebelum ini adalah 30.12.2011, satu tarikh yang agak singkat bukan. Agak sukar juga untuk memahami skim baru dan membuat pilihan.


PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Ismail Alias.

Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini. "Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia membabitkan banyak isu perundangan."Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan CUEPACS yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini, hari ini.

Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, mengarahkan supaya CUEPACS dan JPA mengadakan rundingan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.Dr Ismail berkata, pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan sbpa dan lima isu termasuk 'exit policy' yang dibangkitkan oleh CUEPACS turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang dikemukakan oleh CUEPACS, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata, bagi penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata, rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini adalah jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya. - BERNAMA

Sesi Membina Lemak Perut : Restoran QThai, Cyberjaya



 Tea Thai yang sangat menyegarkan, ada rasa ala-ala Teh Bunga
 Nasik Putih Daging Merah & Nasi Goreng Fingger Crab Bersalut Tepung

Okay habis menjamu mata di atas... Sebenarnya ini aktiviti membina badan di bahagian tertentu IEB dengan BFF IEB tengah hari semalam... Berikutan menanti buah tak gugur (cafe dah 6 bulan tutup) disamping boring makan disekitar Putrajaya, kitaorang pun ambil keputusan makan di Cyberjaya. Pada mulanya ingat nak makan Char Kue Tiaw di Penang House, Cyberjaya tapi terbantut plak tengok menu yang dipaparkan dihadapan restoran QThai ini. Restoran tersebut terletak di Street Mall, Cyberjaya bersebelahan dengan Penang House dan Indian Food Restaurant.

Kalau tengok menu yang disediakan memang snagat mengiurkan koram, ada pelbagai masakan dari Thailand yang disediakan di restoran tersebut.. IEB dan Kak Lin order  Nasik Putih Daging Merah dan Nasi Goreng Fingger Crab Bersalut Tepung, harga makanan tersebut RM8.80 setiap satu. Untuk minuman pulak IEB dan kawan IEB memilih Teh Thai yang sangat menyegarkan, IEB ambil Tea Thai sejuk manakala K. Lin ambil Teh Thai Suam dan harga minuman tersebut RM 1 setiap satu sahaja koram.

Tengok pada makanan tersebut memang agak mahal sedikit berbanding Restoran Makanan Thailand biasa, tapi rasa makanan tersebut sangat tidak mengecewakan kami. Aroma bau masakan tersebut sudah cukup membuka selera kami walaupun di sambut dengan pelayan yang kurang pasih berbahasa Melayu dan English. tak rugi kalau koram nak mencuba makanan di sini.

P/S : Sebenarnya harga makanan tersebut lebih kurang sahaja dengan harga makanan di sekitar Putrajaya ini, yang mana rasa makanan tak setanding harga. Kiranya kurang sedap lah makanan di restoran Putrajaya ni.

Thursday, December 22, 2011

Ermmmmm Sedapnyer....

Apa yang sedap tu??? Tengah hari tadi lunch with my BFF di Cyberjaya.. Makan kat mana tunggu lah entry lepas nie... Ni nak cerita pasal hal lain pulak... Lepas makan tu kitaurang ronda2 sekitar tempat makan tu, singgah satu kedai runcit.. Belek punya belek jumpa biskut cokelat comel ni, per lagi terus sambar 2 jenis ni.. Balik opis terus mengadap biskut ni sepanjang petang. Memang layan lah koram.... 

Nak tengok apa yang IEB tengah layan sekarang nie... Satu biskut nie sangat comel, membuatkan kekadang tak sampai hati IEB nak makan... Satu jenis lagi plak memang mabeles sedap, dia ala-ala biskut Rocky kegemaran IEB tu, tapi yang ni dia ada salut dengan almond...
Tengok Biskut Hello Panda salam piring tu cute kan...

SBPA PUNYA HAL (CUEPACS TEAM)


Hurmmmm tak sabar gak nak menanti keputusan perbincangan CUEPACS dengan PM kita mengenai Skim SBPA yang PM umumkan semasa pengumuman Bajet 2012 yang lepas.

Dengarnya ramai yang tidak berpuas hati mengenai skim baru ini yang mana memberi keuntungan 100% pada golongan atasan... FB kppa kita pun katanya habis diserang pada yang tidak puas hati dimana mereka menerima ganjaran yang tak srpatutnya...

Sanggup mereka (CUEPACS) berhujan berkumpul di perkarangan pintu masuk opis EIB nie... harap hasilnya setimpal dengan pengorbanan dan kedungguhan mereka nie...

p/s : ada rasa terkilan gak pasal skim ni... tapi rasa tak layak untuk mempertikaikannya.... setiap rezeki kan dah ditentukan oleh Allah... mungkin itu lah rezeki kita.... bersyukur sangat....

Update Maklumat Terkini Dari Utusan Malaysia Online 22.12.2011 (Khamis):

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.
- UTUSAN-

Published with Blogger-droid v2.0.2

Google Gravity


Wah apa sudah jadi dengan Google??? Dah macam gempa bumi pulak kan... Hari ni bosan2 IEB godek2 blog kengkawan terjumpa tuto ni... Kalau koram nak cuba cuma klik link kat bawha ni sahaja....

Monday, December 19, 2011

Sperma Cinta

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.. Hari ini hari Isnin.. Of Coz koram merasa apa yang sedang apa IEB rasakan sekarang.. Huhuhuhuhuhu... "Monday Blues". Bila bangun terasa malas nak bangun, bila mandi pun terasa malas nak mandi bila pergi kerja dah mula terasa malas nak kerja juga bila ada kerja terasa malas nak buat kerja... 

Malassss segalanya, tapi hari ni semangat gak sebab gaji untuk gov sektor + bonus dah masuk per lagi shopping ler koram-koram... kan YES (Year End Sale).. Semalam adalah window2 shopping sikit2.. Boleh tahan gak harga barang2 yang membuat gatal jer tangan nak sambar satu dua barang, tapi shopping, shopping jugak koram, jangan lupa biler dah gaji awal ni belanja kena lah beringat nak mencukupi sehingga ujung bulan.. Kalau tak ujung bulan makan biskut kering, yang mewah sikit pun maggie kari lah.

Eh, eh terpanjang pulak mukadimah pagi ni.. Hihihihihiihi.. berkenaan tajuk di atas, IEB sudah terjerat dengat satu novel ala-ala cerpen ini sebenarnya.. Kalau tengok tajuk cam cerita blue jer.. Tapi sebenarnya novel tersebut menceritakan kisah hidup si penulis dari beliau kecil sehingga kini. Menurut kata penuli 80% cerita adalah kisah benar...

Mula-mula baca novel ni dah mampu membuatkan IEB tersenyum dan tergelak kecil... IEB lom habis lagi baca, Insya Allah nanti nak habiskan baca.. Kalau koram nak cuba baca try carik noel ini di pasaran. Ataupun koram boleh carik penulis tersebut di sini http://www.akulinglung.com/... Blogger rupanya beliau nie.... Bangga juga IEB menjadi sebahagian daripada kumpulan blogger, walaupun blogger picisan sahaja...

Thursday, December 15, 2011

Lirik Lagu Ombak Rindu Hafiz/Adira


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya tiba nanti

Ayat Pendek : Tentang Dhia

" Kajian Menunjukkan Sebilangan Lelaki Merangkumi Kaum Bapa dan Suami Meminati Drama Tentang Dhia "

p/s : 

1. Serius terjumpa ramai kaum bapa yang update status di FB mengenai Tentang Dhia.
2.Serius siapa terperasan IEB tertypo kat tajuk entry ni.

Wednesday, December 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : Papa I ♥ U

Apakah Wordless Wednesday : Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata

Tuesday, December 13, 2011

Banjir Kilat Di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur (Istana Budaya, Perpustakaan Negara, HKL) 13 Disember 2011

Ada beberapa rakan IEB yang share gamabr ini di FB mereka... DI Wall Geng Blogger juga ada dishare gambarr ini.. Siapa tahu mengenai Peristiwa Banjir Kilat yang dikatakan berlaku pada hari ini 13.12.2011 (Selasa) di Jalan Tun Razak area Pusrawi... Sesiapa ada maklumat mengenai ini??

Dalam gambar tersebut banjir kilat berlaku si berhampiran Bulatan Pahang, bangunan terlibat jika dilihat dari gambar, Perpustakan Negara, TH Selborn, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Istana Budaya dan bangunan berhampiran....

Berita Terkini

NewStraitTime Online

Kaum Wanita Sekalian Berhati-hati Semasa Upload Gambar di Laman Sosial

Assalamualaikum dan Selamat Petang koram.... Dah petang baru berkesempatan nak update blog buruk ni kengkawan... IEB update ni pun sebab nak kenagkawan perempuan IEB semua berhati-hati bila mengupload sebarang gambar koram di lawam web sosial... Sekarang nie berbagai, bagai jenayah cyber telah berlaku, khususnya penyalahgunaan gambar-gambar peribadi kita yang di ambil tanpa izin dan digunakan untuk perkara-perkara tidak elok... Contoh terbaru adalah penggunaan gambar di Blog Budakgigirabbit mengenai isu Kpop..

Petang nie IEB seperti biasa BW sikit2 dan terjumpa satu blog nie dengan nama yang sangat pelik dan hot.. IEB cuba masuk blog tersebut, dan apa yang IEB agak terkejut dengan post2 dan gambar2 di blog tersebut.... Gambar2 blogger terkenal juga ada terdapat dalam bloog tersebut seperti Yuyu Zulaikha.... Tajuk-tajuk dalam blog tersebut juga sangat mengaibkan si empunya gambar tersebut....

Jadi IEB sangat mengalu-alukan kengkawan sekalian report blog tersebut apda pihak yang berkenaan sekaligus dapat kita menyelamatkan kawan-kawan perempuan kita yang lain dari terjebak dalam jenayah cyber yang mereka lakukan.... 

Monday, December 12, 2011

Happy Anniversary My Dear Love (2 Years)


Assalamualaikum dan selamat pagi jam menunjukkan 12.00 am... permulaan pagi untuk 12.12.2011... Apa yang ada dengan tarikh tersebut yer??? Pertama sekali IEB ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin NYA, IEB masih lagi dapat bernafas dan melihat keindahan dunia hebat ciptaan Allah S.W.T nie... Juga IEB bersyukur sangat dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia juga seorang insan hebat disamping IEB senantiasa dan sentiasa menyokong IEB dalam keadaan apa sekalipun... Terima kasih suamiku tercinta...

Dikesempatan ini IEB ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang Ke-2 buat suami IEB yang tercinta Encek Bard... Sekejap jer dah 2 tahun... Terlalu cepat masa berlalu sampai tak sedar ia berlalu.... 

Terimbau kembali IEB saat tangan Encek Bard bersalam dengan tangan tok kadi untuk melafazkan akad menjadi suami IEB.... Seribu debaran menanti hati kami... Bagaimana perasaan kami pada ketika itu, hanya DIA dan  kami sahaja yang tahu.. Selesai akad gugur air mata IEB tanda syukur kerana telah sah menjadi isteri kepada Mohammad Zabadi bin Baharuddin.... Sedar tak sedar dua tahu telah berlalu, dan ianya menjadi kenangan paling manis buat IEB dan mudah-mudahan ianya manis sentiasa sehingga nafas IEB yang terakhir.. Amin...

Khas Buat Mu Sayang Ku...

Tiada kata secantik bahasa ini yang ingin ku sampaikan buatmu sayang... Terima kasih atas segala-galanya... Kehadiran Mu didalam hidupku membawa sinar kebahagiaan buatku.... Kau sentiasa bersabar dengan karenahku juga selalu menyokong ku... Tatkala ku berasa takut, rindu, resah kau sentiasa hadir menemaniku walau dalam apa jua keadaan membuatkan ku lupa apa yang sedang ku fikirkan.. Kau sentisa mengambil berat akan aku yang membuatkan ku rasa kaulah lelaki hebat idamanku selamanya...

Ingin ku nyatakan bahawa ku akan sentiasa menyanyangi dan menyintai mu setiap detik sehingga nafas ku yang terakhir juga jika diizinkanNYA kasih kita ini membawa ke Syurga... Amin Yarabbal A'alamin...

Terima kasih atas segalanya sayang... Mudah-mudahan kita akan sentiasa bahagia selamnya juga dapat menhadapi liku-liku dalam kehidupan yang pancaroba dimasa akan datang.... Mudah-mudahan juga kita dipermudahkan untuk mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.. Amin, Amin Yarabbal A'alamin...

Nukilan Ikhlas
Isterimu Tercinta...

Friday, December 9, 2011

Peminat KPOP Yang Habis Hingusan....

Haiii Allsss agak lama IEB tak bersiaran kan.... Hurmmmm biasa lah ujung2 tahun ni orang gomen sibut teramat... banyak hal nak kena settle... LNPT lah, SKT lah, kemas meja lah yang terbaru pasal SBPA lah.. Walaupun dah lama IEB menyepi dari dunia blog ni, IEB tetap mengikuti perkembangan dunia blog ni... 

Isu terbaru yang sedang hangat diperkatakan pasal siu KPOP... Korang tahu ker apa KPOP tu?? korang mesti tahu kan lelagi peminat fanatik orang-orang korea mata sepet tu... Pasni kalau ada yang nak hentam IEB, hentam lah.. IEB relakan sebab IEB hanya ingin meluahkan pendapat IEB jer.. selagi tak terluah, selagi tu sakit jer rasa... Pada IEB kebanyakan peminat KPOP ini terdiri dari budak2 hingusan yang abru nak naik, maaf lah kasar bahasa ni di mata korang kan...

Dua, tiga hari ni IEB merajinkan diri nak baca Blog Gigi Rabbit yang mengutuk KPOP... Giler haper dekat 2K komen mengutuk pemilik blog tu... Last2 dapat tahu rupanya orang yang dikutuk dalam blog tu bukan lah pemilik sebenar blog tu... IEB sedh sangat sebab melihat perpecahan bangsa kita sendiri iaitu Anak-anak Melayu yang bergaduh sesama sendiri untuk menegak kan keadilan memasing... Yang peminat fanatik KPOP tu lagi lah agak keterlaluan komen korang okeh.... Bangsa lain tepuk tangan dan tersenyum jer baca komen-komen korang tu.... 

Sepatutnya korang mesti berjuang untuk menegakkan kan bangsa dan budaya kita sendiri, bukannya menegakkan orang korea dan budaya yang bukan beragama islam tu.... Budaya kita di Malaysia ni dah cukup indah dah dimata IEB.... Kita kaya dengan budi bahasa, adat resam, pakaian sopan dan sebagainya....

IEB terus terang memang tak minat KPOP nie, yerlah mungkin sebab IEB ni dah tua kot, korang kan muda-mudi belaka dan mengikut peredaran zaman.. Kenapa??? orang yang tak minat KPOP ni kolot sangat ker dimata korang??? Tak der faedah pun korang akan dapat dari meminati KPOP nie, bukan Korea nak bagi penghargaan pun... Maaf lah kata-kata IEB ini agak keterlaluan... IEB cuma ingin melahirkan rasa geram sahaja kerana komen-komen korang, dah menunjukkan kelemahan kita ORANG MELAYU ni... Orang luar pun boleh cakap yang "bangsa kita ni kacang jer nak digulingkan sebab diorang sama dioarang pun musuh-bermusuh, gaduh bergaduh"... Sakit dada gak bila menulis entry nie... sebak ada geram pun ada....

Ok lah malas nak memanjangka luahan hati ni, sebab nanti konag mesti serang IEB punya.... IEB nak mengajak korang semua hentilah pergaduhan kita sesama saudara se Islam juga Melayu... Apa kata kita berjuang untuk budaya dan agama kita sendiri.. Malu lah dengan bangsa lain yang melihat karenah korang tu....hentikan lah komen-komen negatif tu..... 

Huuuuuu baru lega.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...