Yang Join Aku Nie!

Saturday, April 30, 2011

THOR (in 3D, Alamanda Putrajaya)


Wah sangat teruja malm tadi dengan kehadiran BFF IEB from Kelantan. K. An dan Apih... Kitaorang ngabihkan masa tengok movie.Thor di Gsc Alamnda Putrajaya.. Kami amek tayangan tgh malm. Ermmmm yang tak bestnyer available in 3 D jer..... IEB tertidor dipertengahan cerita. Hahahha kebiasaan IEB lah tu.... Cerita sangat best walaupun tertidor jap. Ermmmmm bagi yang tahu komik Marvel koram mesti kene tengok.......
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 29, 2011

MALU!!!!

Asslamulaikum dan Selamat pagi semua... IEB semalam offline dari berbelog untuk merehatkan minda selama sehari... Sebenarnyer semakin hari semakin kekurangan idea untuk menulis belog nie..... IEB menulis lahir dari hati dan setiap tulisan yang tercatat juga lahir dari hati.... Bukan bosan dengan belog, cumer IEB menjadi segan mahu berjalan ke Belog koram tanpa berbekal entry di belog IEB sekarang nie... Huhuhuu kalau boleh IEB nak berjalan ke belog koram setiap hari dengan entry yang baru dan fresh dari oven lagik...
Betul lah bak kata blogger otai, jika kita dapat keseronokan berbelog nie, baru lah kita tahu bagaimana nikmatnyer berbelog itu... Fenomena ini berlaku juga pada IEB... Semakin hari semakin sayang dengan belog usang ini.. Semakin hari semakin sayang dengan kakak-kakak sayang, adik-adik IEB yang manis manis dan comel dan kawan-kawan blogger sekalian... Terima kasih buat koram kerana sentiasa bagi support pada belog usang IEB nie... Jutaan terima kasih juga buat En. Bard, suami tercinta kerana sentiasa menjadi tulang belakang IEB dalam berbelog ini... Kerana En. Bard , IEB mula berbelog dan mendapat inspirasi....

Apa yang IEB harapkan dari kalian adalah hubungan persahabatan sesama kita kekal terjalin selama-lamanya.. Insya Allah
  Hadiah Shawl untuk pemenang Giveaway Ujang telah selamat IEB pos ke Utara.... I, give 1 extra shawl buat Sarah...
 Sekeping kad ucapan untuk Sarah juga...

Wednesday, April 27, 2011

Lelaki Merajuk

Ermmmmm, perkataan "merajuk" nie biasanya sinonom dengan perempuan. Yerlah kan kebanyakan perempuan kan manja lepas tu hati tisyu, lembut jer. Kalau tak banyak pun, sikit mesti ada perasaan rajuk di hati perempuan biler dier terasa sesuatu....  Kalau yang jenis merajuk panjang tu pulak, mengada-ngada jer lebeh sebab sikit-sikit nak merajuk. Bagi lelaki pula ada ker yang kuat merajuk nie??? Bak kata Broframstone dier nak merajuk, merajuk dengan saper tak tahu lah.. Hihihihihi.... Pernah ker koram jumpa lelaki merajuk?? Macammana lah keadaaanya yer?? IEB, of coz lah penah jumpa, walaupun rajuknyer tak panjang.
Di antara tanda-tanda lelaki merajuk adalah seperti
  • Dia akan mendiamkan diri untuk seketika, kalau ditanya sepatah, sepatah lah jawabnyer kadang-kadang tak jawab pun.
  • Bagi yang hisap rokok pula, mesti hisap rokok banyak-banyak mungkin untuk meredakan amarah dan rajuk di hati kot.
  • Riak muka mula berubah menjadi serius dan tak sedap mata memandang.
  • Bila menutur kata-kata ada nada sedikit keras dan ayat yang dipertuturkan agak tak enak di dengar.
  • Mula tidak menjawab panggilan atau SMS (yang nie paling tak leh belah, sebab sampai dekat seratus misscall atau sms dihantar satu pun tak berbalas). Kalau ada jawab pun panggilan mesti berdiam diri dan SMS dengan jawapan K sahaja.
  • Kalau agak rajuknya besar, mula lah mematikan HP.
  • Menangis <---- Ada ker lelaki menagis bila merajuk nie??
Itu adalah diantara tanda-tanda pasangan koram (lelaki) merajuk, sebenarnya banyak lagi kot, koram bagi lah lagi tanda-tanda pasangan koram merajuk. Cara mengatasi masalah merajuk nie gak berat jugak koram, sebab bila lelaki merajuk walaupun sekejap amat payah juga nak pujuk. Bila perempuan nie bagi bunga ker hadiah ker mesti rajuknya reda. Bagi lelaki pula mereka lebih suka pasangan mereka membiarkan mereka seketika bagi menenangkan diri. Bila bara api sudah reda barulah kita mula bercakap dengannya, tapi jangan di ungkit mengenai rajuknya, itu paling tidak digemari mereka. Jangan menambah rajuk mereka dengan mencabar kewibaan mereka. Cuba juga untuk lebih bersifat mengalah dan bertolak ansur.

Bagi yang dah berkahwin pula cuba masak istimewa untuk suami yang merajuk dan memberikan layanan istimewa bagi mereka dan yang terakhir sekali kalau koram bagi hadiah pun tak reda juga rajuknya dengan air mata. Sebab kebiasaan lelaki tak boleh lihat perempuan mengalirkan air mata dan Insya Allah hati emreka akan menjadi lembut.

My Life’s Story Blog First Giveaway

IEB ditang oleh Adek Comel kesayangan IEB nie, saper lagi kalau bukan Qaseh untuk join first Giveaway My. Macih yer dik , luv u lah yang...

IEB nak tag koram nie yer

Koram join lah, hadiah best tau... Meh klik SINI, kalau nak join

Tuesday, April 26, 2011

Main Masak-Masak

Hari ini entry IEB berunsur mengimbau zaman kanak-kanak ribena lagi.... Dulu IEB masa kana-kanak suka main masak-masak, selain dari tanah, pasir, daun-daun dan bunga-bunga menjadai bahan uji kaji memasak bagi IEBand the gang, IEB juga menggunakan bahan yang boleh dimakan untuk jadi makanan kami time masak-masak dulu, kebiasaanya aktiviti masak-masak ini dilakulan selepas aktiviti mandi sungai dan panjat pokok. Dah letih kan, mesti lapo. Nak balik umah, kang tak leh keluar lagi dah, mesti kene marah. Hihihihi. Sangat nakal zaman kanak-kanak ku..
 
Ubi kayu, mesti ada kat kampung-kampung kan, so aper lagi IEB and the gang gali lah, kitaorang bakar jer koram, pastu makan
Nama saintifik buah nie adalah buah markisa, kitaorang orang kampung panggil buah susu, hidup liar menjalar kat rebanayam biasanyer
Nama Saintifik TImun Tikus, sebab rasanyer seakan timun, tapi bentuknya tersangat lah kecel, hanya mampu membesar sebesar hujung jari kelingking jer.
Nie kitaorang panggil buah letup, rasa sangat lah tak sedap, tapi kami belasah jugak buat makan...
Lebih kurang buah letup jugak... Haaa, yang nie kitaorang suker sebab rasanya sedap sikit dari buat kat atas..
 Ermmmm, yang ni kitaurang panggil umbut anak kelapa sawit yang baru nak tumbuh tu, kitaorang cabut, makan hujung dier. rasanyer manis. Yer lah duk Felda kan, mesti banyak pokok kelapa sawit....

Dimana pun IEB berada, kenangan tu masih segar diingatan IEB... Kalau difikir balik kitaorang nie main bedal jer, tak hengat pun ada racun ker.... Hihihi itulah zaman kanak-kanak yang IEB nak kongsikan dengan koram....
Pic di atas adalah hasil carian Goggle, Kredit pada empunya Pic.

Monday, April 25, 2011

Samsung I9003 Galaxy SL

Bukan niat berbangga kerana memili ia, tapi cuma ingin menyampaikan ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Bar kerana memberikan IEB hadiah New Baby ini tuk IEB. En. Bard kata hadiah nie sempena hadiah hari jadi IEB bulan 3 hari tu. Memula dier kata akhir bulan 5, Insya Allah. Tapi tak sangka tepat jam 11.00 tadi dier bawak balik New Baby nie.. Siap rancang dengan Angah lagi.
Semalam petang IEB gi Alamanda makan-makan dan jalan-jlan dengan En. Bard, lepastu Angah kol, ajak gi snooker katernyer.. Okeylah, tapi IEB kata jangan balik lambat sesangat, IEB takut kat umah sensorang... Dalam kul 8 En. Bard gerak pi jumpa Angah.... Kira-kira dalam kul 11 malam En. Bard balik bawa satu kejutan yang sangat mengujakan dan tak disangka-sangka... Apalagi airmata gembeng IEB nie pun keluar lah mencusrah-curah sampai tak terkata apa-apa....

Terima kasih sangat buat En. Bard tersayang diatas kejutan yang diberi... Terima Kasih Pa sebab Pa selalau buat perkara untuk membahagiakan kan Je. Selalu buat suprise yang buat Je terharu sangat-sangat.... Pa selalu melebihkan Je dalam setiap perkara. Tak terbalas dengan ucapan terima kasih diatas segala apa yang pa lakukan. Apa yang Je boleh beri hanyalah membahagiakan Pa sehingga keakhir hayat Je... Je, Sayang Pa sangat-sangat..... Insya Allah Je akak setia menanti Pa Ke Pintu Syurga.. Amin Yarabbal A'alamin.. Mudah-mudahan...


Niat asal IEB nak beli N8 sebenarnyer, tapi setelah di hasut oleh Angah, akhirnyer kami tewas... Hihihih

Nasi Ambeng From Banting

Selamat Pagi Isnin yang sangat Blues.. Pagi nie mood IEB sangat, sangat sangat gembira dah terharu atas kejutan yang diberi En. Bard jam 11.00 malam tadi... Sampai tak terkata apa-apa lah.... Je sayang Pa sesangat... Mmmmmuah......

Ermmm pagi nie terlaksana sudah kehendak tekak nak makan Nasik Ambeng.... Sangat sedap koram. walaupun banyak kuantitinyer, tapi IEB dapat menghabiskannyer juga.... IEB oder dari bekas kawan opis IEB. Harga RM5.50 dan sangat berpuas hati.... Amcam terliur tak... Walau pn tak dapat makan lam dulang, makan lam daun pisang pun jadi lah kan.....

Terima Kasih Sayang


Jutaan terima kasih khas buat suami tercinta atas kejutan yang sangat mengharukan. Tidak terungkap dengan kata2. Sangat terharu. Je sayang Pa sesangat. Koram nak tau ker apa kejutan tu? Ermmmm, nanti IEB cerita.... Tunguuuu....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 22, 2011

BLOW (2001)

 Malam tadi IEB layan cerita Blow nie ngan En. Bard. Cerita nie sebenarnyer lama dah ada lam komputer tu, cumer IEB tak tertengok jer.... En. Bard penah tengok dan dier kata best sangat... Malam tadi layan movie nie, memang sangat best... Ini  adalah kisah benar mengenai pengedar dadah terbesar yang dipenjara beberapa kali dan sehingga kita. Beliau di jangka keluar tahun 2015 koram.

Cerita ini mengisahkan tentang hidup George Jung yang menghadapi tekanan hidup sejak kecil oleh ibu GJ yang lebih bersifat mata duitan, akan tetapi bapa GJ tersangat lah penyanyang. Pernah bapa GJ tida duet yang diperlukan oleh ibu GJ, ibu GJ memberontak dan membuat keputusan meningggalkan GJ dan ayahnya. Bapa GJ seorang yang penyabar juga penyayang tetap menerima ibunya walaupun beberapa kali ibunya buat hal, memebuatkan GJ membenci ibunya... GJ membesar seperti naka-anak lain yang mendapat perhatian penuh ayahnya.

Setelah meningkat dewan GJ berpindah ke California bersama Tuna, sahabat baiknya untuk mencari pekerjaan beberkal duet yang amat sedikit. Disana GJ dipertemukan dengan seorang pramugari bernama Barbara yang mengubah hidup mereka sebagai pengedar ganja yang berjaya... GJ seorang yang sangat bijak dalam membuat taruhan bersama pengedar yang lain yang membawa dia ke arah kejayaan yang besar, sehinggalah GJ ditangkap atas kesalahan mengedar dadah. Selepas 2 tahun Barbara mati kerana mengidap penyakit barah. GJ rasa akan kehilangan Barbara kerana Barbara seorang yang sangat baik juga membantu Gj untuk ketahap sekarang... Di dalam penjara GJ di pertemukan dengan Diego juga seorang pengedar dadah terkemuka.

Apabila GJ dan Diego keluar dari penjara di dibawa bertemu dengan Pengedar Dadah Antarabangsa terbesar juga ketua mafia yang membuat GJ semakin berjaya dengan perniagaan mengedar dadah kerana menajdi orang kepercayaan mafia itu. Diego berasa cemburu dan berhasrat ingin mengatahu connection GJ di California... Satu hari GJ terpaksa memberitahu Diego Connection dia di California... Dalam diam Diego menikam Gj dari belakang dengan mengambil semua pelanggan GJ, mengakibatkan GJ jatuh msikin. GJ sudah berkahwin dengan Mirtha dan mempunyai seorang anak perempuan Kristina... GJ semakin jatuh, Mirtha yang ketagihan dadah pula semakin melampau sehinggakan GJ ditangkap sekali lagi kerana mempunya 80mg dadah dalam rumahnya... GJ keluar penjara semula dan mencari anak kesayanganya Kartina.. Dia inigin berubah dan menjadi bapa yang baik kepada Kartina

GJ membuat keputusan untuk menjual dadah buat kali terakhir dan mencari duit untuk memulakan kehidupan baru bersama anaknya Kartina, tapi hajatnya tak kesampaian apabila dia ditangkap sekali lagi dan dimasukkan ke penjara sehinggan 2015. GJ tersangat sayang kan Kartina, tapi Kartina tidak pernah sekalipun melawat GJ dipenjara mengakibatkan GJ sedikit gila. Uish panjang betul sinopsis cerita nie oke... Koram layan jer lah cerita nie... hihiii

BLOW (2001)






Thursday, April 21, 2011

Terharu KJee Follow dan Komen


 
Comel kan  KJee..... Suka lakonan beliau yang bersifat keibuan...

Wahhh terharu sangat bile KJee sudi singgan belog IEB nie.... IEB ingat dulu IEB suker tengok drama lakonan KJee masa kecik-kecik dulu..... Sekarang dah jarang nampak KJee belakon... KJee nie sebenarnyer kawan baik pada blogger masakan yang fopular tu, saper lagi kalau bukan CMG blogger Tiffin Biru atau lebih dikenali Dapur Tanpa Sempadan... IEB suker masuk belog masakan nie. Dalam belog Kjee pun banyak juga resipi masakan nie koram. Tak caya koram pi terjah amek ilmu masakan dai beliau....
Terima Kasih KJee sudi singgah belog IEB yer...... Semoga hubungan persahabatan alam maya kita berkekalan hendaknyer...

P/S : Nak Panggil Kjee Mama Jee bole tak??

Guna Cara Halus Untuk Up Traffic Blog

Ado ker korang berniat cam tu erk?? Koram rasa nak up traffic blog jer koram pi jumpa bomoh siam. Patu koram rasa nak down kan blogger yang koram tak suker jer koram pi jumpa bomoh gak, buat sampai orang tak leh bukak blog kawan tu.... Erkk ado ker?? Ermmm setakat nie tak penah berlaku lagi rasanyer.....

Apa yang IEB penah jumpa biler  blogger nie nak up traffic dier, dier buat entry dengan menhentam dan mengutuk blogger lain sampai blogger yang dikutuknyer tu pun down habis... Banyak gak kes cam nie berlaku lam dunia blogger. Kalau koram tak suka blogger tu sekalipun, tak boleh ker, koram cuber menaikkan lagi blog dier lam blog koram. Mana tahu sikit sebanyak koram boleh melupakan PHD koram terhadap blogger tu... Come on lah koram, koram nak hentam dier teruk sangat, koram bukan kenal pun dier dialam nyata, koram hanya kenal di alam maya sahaja. Kekadang kita tidak boleh mentafsir seseorang tu melalui penulisan dier sahaja. Tak semesti penulisan dier sopan dier sorang yang baik di luar sana dan tak semesti penulisan dier macam kurang ajar dan ada unsur lucah dier sorang yang jahat di luar sana (ini tidak merujuk pada sesiapa yer, IEB hanya memberi contoh dan mintak maaf kalau ada yang terasa). So, don't judge orang melalui penulisannya sahaja. Kalau koram bebetul rasa tak puas hati dengan penulisan blogger tu, cuba koram ajak jumpa dan kenal mereka di alam nyata pula. Mestti koram akan mengubah persepsi koram terhadap mereka.

Persaingan didalam belog, ada juga yang menggunakan cara kutuk-mengutuk belog orang sebagai persaingan untuk meng up lagi blog mereka. Bila belog mereka dikenali dengan identiti mengutuk belog orang, sudah tentu akan ramai blogger nak masuk belog diorang, nak tengok apa entry hot yang ada (enty ini juga tidak ada kaitan dengan mana-mana blogger, minta maaf kalau terasa). Kenapa??? kalau koram buat entry berunsur pujian pada blogger lain, blog koram tak laku ker?? Cuba lah berubah ke arah persaingan secara sihat koram.. Persaingan secara sihat seperti buat segmen untuk merepatkan lagi hubungan koram sesama bloger, buat gathering "Tapi jangan lupa ajak pasangan koram menemani koram, bagi mengelakkan fitnah dari orang lain" dan banyak lagi cara persaingan secara sihat yang koram boleh aturkan. Cuba koram renung-renungkan....

Wednesday, April 20, 2011

Sekali Lagi Maaf Kan Lah, Ku Tak Bisa Cinta Kau Dan Dia

Sesi pedajal bakal pengantin Oleh Broframestone... Khas untuk Ujang juga My (pasangan yang dikenakan)..
My : U, ni  Ujang  dating dengan I, sibuk jer SMS dengan Yana, jeles tau I nie, U nampak muka I senyum, tapi dalam hati I penuh cemburu tau.

Ujang : Alah rilek lah My, U kan tau I nie tak penah sekalipun tak balas sms Yana nie. Kang Yana majok U berani ker nak Pujuk??

My : Alah Ujang kalau Yana majok U nak pujuk, tapi kalau I majuk U tak pujuk pun... I rasa baik kita putus jer la Ujang.. (Menangis tapi still lagi muka comel)

Ujang : Eh betul ker nie?? Yahoooooooo, Errrr sebenarnya My, I dah lama nak bincang ngan U hal nie, tapi cam tak der masa jer, U Paham lah tarikh perkahwinan I dengan Yana kan dah dekat. Opppsss, terlepas cakap pulak. Alah My U jangan kecil hati pulak I nak kawen ngan Yana. U Cantik, u mesti boleh dapat yang kurang hensem sikit pada I. I tahu I nie hensem giler.. Bukan saja U yang minat kat I, ramai lagi tau, lelaki pun ramai, cumer I layan diorang biasa-biasa jer. Kadang-kadang I nie dah rasa cam I ni artis pulak.. Dengan U nie I kira dah lepas cakap lah nie kan... Lepas nie I nak kene gitau yang lain pula cam Naz, Iqbal, Faizal Freidly. U ada ayat tak nak bagi I gitau diorang cam I gitau U nie...

My : Sampai hati U, Ujang I Ingat I jer skandal U, rupernyer ramai lagi skandal U. Tak sangka yang U nie gay rupernyer... Uwaaaaa, nasib baik I dah tunang tau, kalau tak I belasah U dengan penyapu lidi, biar muka U yang Ensem tu kurang Ensemnyer....

Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan dengan penama diatas. Dan sekadar memenuhi segmen yang Broframestone anjurkan nie.. Koram yang nak join klik SINI..

Ucapan untuk bakal pengantin baru yang sama cantik sama lah padan bak pinang di belah 2 sama rata jer bentuknya. Semoga majlis koram diberkati Allah. Semoga masjid yang dibina kukuh teguh berdiri hingga ke akhir hayat...

Nasi Ambeng

Aippp carik aper tu??? Takde, takder... kat sini takder resepi nasik ambeng okeh.... Hihihhi.. Adeh tekak tetiber raser nak makan nasi ambeng. Dah nama tekak jawa kan, memang tak leh pisah ngan makanan jawa cam pecal, nasi ambeng, soto dan sebagainya.

Tapi kali nie siyes teringin nan makan Nasik Ambeng ramai-ramai dalam dulang. Kalau kat Johor tanah air tempat ku dilahirkan tu setiap ujung minggu mesti ada program Yasinan atau lebih dikenali dengan bacaan Yassin di rumah orang yang berhajat. Kebiasaanya hujung minggu untuk kaum wanita, manakala malam jumaat pula untuk kaum lelaki. Program ini kebiasaaanya banyak dilakukan di kawaan Felda dan juga Kampung. Almaklumlah IEB ni kan anak Felda, so aktiviti macam nie dah sebati sejak IEB dari kecil lagi. Cumer bila IEB dah merantau ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur, IEB dah tak mengikuti program ini di Kampung....
Nasi Ambeng kebiasaanya disediakan bagi tuan rumah yang berbangsa Jawa. Johor kan ramai orang Jawa. Nasi yang disusun berlapis-lapis dengan lauk pauk seperti ayam masak kicap atau ayam masak merah, serunding kelapa, sayur urab, ikan kering bulu ayam, sambal goreng jawa, mee goreng atau mee hoon goreng kosong. Semua lauk pauk di atas ada disertakan dengan nasi putih yang disusun berlapi-lapis dengan daun pisang. Pihak tuan rumah juga turut mnyediakan kestas surat khabar lama dan daun pisang untuk tetamu membawa pulang lebihan Nasi Ambeng untuk diberi pada keluarga yang lain.

Dulu IEB kalau ikut Mak IEB pi Yasinan jer, biler time makan Nasi Ambeng mesti IEB carik geng mak-mak sebab geng mak-mak nie tak kuat makan. Ada juga yang jenis kuat makan, confirm awal-awal IEB dan lari dari kumpulan diorang. Kebiasaanya satu dulang muat untuk 4 orang ke 5 orang. IEB makan 2, 3 suap jer, pastu terus bungkus lam kertas daun pisang yang disediakan. Aippp bukan tak senonoh tau, sebab yang join makan sekali ngan IEB semua buat pekara yang sama. Sebab apa, IEB nak makan sekali ngan adik beradik IEB yang lain. Itulah memori yang takkan IEB lupakan. sebab sangat manis koram yang sentiasa tersemat lam ingatan IEB. Sekarang ada gak orang buat cam nie, tapi diorang biasanya bekalkan polisterin ngan plastik jer, dah tiada budaya pakai kertas dengan daun pisang lagi....

Tuesday, April 19, 2011

Ayuh Bangkitlah Wanita Teraniaya Part 2

Kali ini kesabaran Sue dah tak tertanggung lagi, tiba-tiba teringat akan kata-kata anak-anak beliau yang menyuruhnya memukul kembali bapa mereka. Dengan menarahan rasa geram dan hati yang sakit meluap, tangan Sue naik menampar dan memukul suaminya. Zain terkejut dengan tindakan Sue yang snagat mengejut itu. Bertambah marah lah Zain dan menghamburkan kata-kata nista terhadap Sue. Zain terus menghubungi ibu bapanya dan saudara trdekat di Johor. Mereka bergegas kerumah Zai. Ahli keluarga Zain turut menyalahkan Sue kerana bersikap kurang ajar dan tidak menghormati suami. Sue tetap mempertahan kan diri beliau dengan menyuruh anak-anak beliau menceritakan hal sebenar yang berlaku pada Sue. Tetapi keluarga Zain tetap menyalahkan Sue. Campur tangan keluarga Zain mengakibatkan pergolakan rumahtangga mereka bertambah teruk.

Terasa gelap dunia Sue, apabila diceraikan dengan talak 1 oleh Zain. Tak terungkap dengan kata-kata. Sue hanya ada anak-anak didunia inie. Keluarga di Siam hanya tinggal saudara jauh sahaja. Sue terasa lemah, dan hanya air mata menjadi saksi sengsara yang di tanggung. Bayangkan lah, nak menggunakan mesin ATM pun sue tak pandai, inikan pula teknologi yang lain. Dulu kad ATM, Buku Bank Sue, Zain yang simpan dan Zain jugalah yang selalu menggunakan hasil Sue bekerja sebagai tukang masak restoran. Semasa Zain melafazkan talak die pernah menyatakan pada Sue dimana jika dia menceraikan Sue, Sue akan senang, sebab Sue pandai memasak, sedangkan dia tidak... Zain juga sudah berkahwin dengan kekasih hatinya.

Sue mula mengorak langkah kehadapan. Dia cuba melupakan kisah sedih seketika. Sue mula mencari pekerjaan di restoran sebagai tukang masak. Dia bertekad dalam diri, sampai bila dia mahu bersedih. Kalau dia bersedih nanti anak-anak juga terabai. Dia memesan pada anak-anak beliau supaya bantu beliau untuk mengorak langkah kehadapan. Aiman yang gak ketinggalan dalam pelajaran juga tutut mengorak langkah kehadapan dengan belajar bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah berkat doa anak-anak juga usaha Sue, Sue kini sudah berjaya membuka restoran sendiri... 2 anak perempuannya juga sudah berjaya dan bekerja dalam jawatan tertinggi di Bank. Iman yang dulu agak ketinggalan dalam pelajaran juga mengorak langkah kehadapan. Kini Aiman sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kedoktoran.. Baru lah sue sedar, jika dia tidak diceraikan Zain mungkin dia tidak akan berjaya seperti ini.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya ALLAH menjadikan sesuatu ada hikmahnya. Setiap ujian, dugaan dan rintangan haruslah kita hadapinya dengan sabar dan tenang. Setiap perpisahan yang terjadi itu bukan lah beerti ALLAH mahu kita bersedih, tetapi DIA telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Insya Allah.. Renung-renungkan koram...

Alhamdulillah habis juga cerita nie... Sory tak dapat sambung semalam IEB jumpa doktor kat Hospital semalam...

Monday, April 18, 2011

Ayuh Bangkitlah Wanita Teraniaya Part 1

 Wahhh berabuk blog IEB yang ditingglkan selama 2 hari nie, taik cicak pun banyak (sapa rasa loya, jangan amrah ar). IEB balik ke Jelebu, Negeri Sembilan, umah mertua, IEB ada terdengar satu lagi realiti kehidupan yang sangat menyayat hati IEB.... Semoga kita mendapat ikhtibar dari cerita yang, IEB nak sampaikan ini. Wahai wanita teraniaya, jangan mudah berputus asa, ayuh bangkitlah untuk mendapat kehidupan lebih sempurna, kerana setiap perkara sudah ditentukan. Setiap kejadian itu ada hikmahnya..
Sue, bulan nama sebenar berkahwin dengan pegawai tentera. Sue berasal dari Selatan Thailand. Seorang wanita yang tidak bersekolah juga tidak tahu akan kemajuan teknologi sekarang. Diawal perkahwinan beliau sangat bahagia sehinggakan dikurnikan 3 cahaya mata yang agak dekat jaraknyer. Sue juga mengalami kesukaran mengandungkan anak terakhir Iman, dimana beliau mengalami demam yang teruk sehinggakan hampir dia kehilangan anak terakhir. Alhamdulillah Iman dapat diselamatkan segera pihak Hospital dan lahirlah Iman kedunia ini. Iman lahir tidak normal seperti rakan sebaya. Dimana Iman sangat lambat dari segala hal seprti berjalan, bertutur dan sebagainya. Ibu tabah ini cekal menghadapi itu semua membesarkan Iman juga 2 orang anak perempuannya bersama suami tercinta.

Suami Sue, Zain seorang pegawai tentera yang agak garang. Zain mula membuat onar biler Iman berusia 5 tahun. Zain juga mempunyai seorang teman wanita yang bekerja di cafe tenpat Zain bekerja. Zain mula bermain cinta dengan Rita. Diar mula menunjuk riak dihadapan kawan-kawan dengan menceritakan hal beliau bersama teman wanitanya, membuatkan kawan-kawan mula meminggirkan beliau. Zain sudah mula balik lambat. Satu hari Zain balik kerumah dan Sue lambat membuka pintu, mulalah pelempang naik kemuka. Bermula dari itu habis lebam-lebam dan sakit badan Sue di pukul, di terajang Zain di depan anak-anak. Anak-anak mereka Yatie, Huda dan Iman turt menyaksikan ibu mereka dipukul dengan teruk oleh ayah mereka.... Sue merelakan dan tidak membantah setiap perbuatan Zain sebab masih setia dengan suaminya. Sue seorang perempuan yang sangat baik, rajin juga peramah. Jiran sekeliling amat senang dengan sifat Sue.

Satu hari dik kerana anak-anak tak tahan melihat ibu mereka dipukul dengan teruk oleh bapa meraka, mereka menyuruh Sue untuk memukul balik ayah mereka. Pada mulanya sue agak keberatan untuk melakukan hal sedemikian kerana takut diceraikan oleh suami kerana dia tiada tempat bergantung lain selain dari suaminya... Sekali lagi zain pulang kerumah dan Sue lambat untuk membuka pintu, apa lagi darah baran Zain yang agak meluap tu naik, dan terhamburlah segala kata-kata nista yang tk senak didengar oleh Sue juga anak-anak seperti perempuan bodoh, sial, dans ebagainya. Agak teruk juga kali nie Sue dupukul dihadapan anak-anak. Air mata Sue yang agak kering tak henti-henti mencurah dek kerana menahan kesakita yang teramat sangat.....

Bersambung dalam part 2....

Nama dalam cerita ini adalah menggunakan nama samaran. Kisah ini adalah kisah benar yang IEB dengar. Inilah Realiti Kehidupan yang amat memeritkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban mengahadapi semua dugaan dalam kehidupan.

Friday, April 15, 2011

Sory Yer Kawan-Kawan McDonald's Free Cupon not Valid in Malaysia

Sapa nak cepat print.. Ujang, IEB tahu ko mesti nak kak...

Update : Dear fans, we would like to clarify that the Filet-O-Fish Buy 1 Get 1 Free coupon is not a McDonald's Malaysia's promotion. It is only available in Singapore. For more details about the promotion, please visit McDonald's Singapore's website:http://www.mcdonalds.com.sg/whatson_coupons.html

http://www.facebook.com/My.McDonalds

Sory yer kawan-kawan!!

Thursday, April 14, 2011

Blog Sampah

Tertarik IEB baca belog otai Ben Ashaari mengenai Jawatan Kosong : Cikgu Blog. Apa pendapat koram mengenai blog IEB ni... Hasil penulisan IEB nie sampah ker?? Belog IEB berat tak?? Tolong beri pandangan yer, sebab IEB betu-betul berminat dengan dunia blogging nie dan nak berjaya dalam dunia blogging nie. Untuk itu IEB nak sangat menerima kritikan mengenai Blog IEB nie... Dengan kritikan lah akan meningkatkan lagi semangat IEB nak ber blog juga memperbaiki hasil penulisan IEB.

Facebook Di Tutup (Berita Gempar 14.04.2011)

Owh apakah kenapa jadi macam nie.... Akaun FB sudah ditutup sepenuhnya ker??? Sapa tahu sila bagi jawapan segera. Kenapakan jadi macam ini?? Dahn beberaapa kali IEB refresh, bukak biasa pun tak boleh juga... Koram punya FB okeh ker??
Klik untuk tumbesaran

Giveaway Ujang9897

1) Dah letak Header yang Macho kat atas nu (header jer okeh, orangnyer tak langsung)
2) Ish, gambo den tak yoh lah (Muka dah kertu)
3) Ermmm Kutuk belog ujang yer belog Gay kesukaan ramai ni, tak der mender nak kutuk dah, hebat belaka, entry sempoi dan berunsur hiburan, sesapa rasa sedih jengah belog dier
4) Tag 2 orang Puan Bee dan Kak Mimi

Dah Lama dah folow Ujang

Nak Join klik SINIE

Kenapa, Kenapa dan Kenapa

Kenapa yer, jika kita seorang yang merendah diri, kita sentiasa dipandang rendah?? Jika kita tidak menunjukkan kan diri kedepan langsung tiada orang pandang kita walaupun kita mempunyai kualiti yang tinggi dalam segala hal. Contoh Bos lebih suka memberi kelebihan pada yang hanya pandai berkata-kata didepan dia, sungguhpun hasilnya tiada. Ini dah dikira macam kaki kipas lah yang IEB nak maksudkan.... Biasanya orang yang seperti ini dia lebih suka mendekatkan diri juga pandai menyusun kata-kata di depan Bos, sehinggakan Bos menyenangi dia lebih dari yang mempunyai kualiti bekerja yang tinggi...

Ganjaran?? Of coz lah dia mesti mendapat ganjaran lebih dari yang lain.... Kebanyakan mereka yang kaki kipas anggun inie selalu mendapat kelebihan juga pujian daripada Bos... Adalah Bos sekarang dah tak pandang kualiti kerja?? Ermmmm, IEB minta maaf kalau entry ini buat sapa yang bergelas Bos terasa, bila membaca. IEB tak maksudkan sesiapa. Cuma hal ini selau berlaku disekeliling IEB... Walaupun bukan semua Bos bersikap seperti itu, tapi tetap ada segelintir dikalangan kita.
IEB berada dikalangan orang yang jenis tak pandai kedepan ni, tak pandai menyusun ayat-ayat indah untuk ambil hati bos. Kadang-kadang terasa juga yang kita ini selalu di pandang rendah juga mudah bagi mereka untuk meletak kesalahan pada kita. Tapiiiii, kenapa mereka yang berani kedepan tu tidak pernah disalahkan sungghpun dia melakukan kesalahan... Tapi ini lah hakikat dunia yang perlu kita hadapi sekarang... Bukan IEB jer mengalaminya, koram pun mesti pernah mengalaminya kan... Bak kata pepatah tepuk dada, tanya selera koram nak jadi orang yang macam mana. Sanggupkan koram kalau dipulaukan dengan rakan, semata-mata koram mengejar pangkat dan darjat? Fikir-fikirkan...

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Sesaper nak Join klik SINI

Wednesday, April 13, 2011

Sapa Berminat??

 Uwaaaa, setiap kali aku baca belog K. Aida mesti air mata aku berjurai keluar.... Makin hari, maki banyak dugaan tuk dia.. Sesungguhnya ini semua dugaan yang sangat berat untuk dier pikul seorang diri.... Ya Allah permudahkan lah hidup K. Aida, Ameer, Putri dan Firdaus untuk menjalani hidup yang penuh onak dan duri ini.. Amin Yarabbbal A'alamin... Dulu pernah IEB buat entry mengenai beliau, kalau koram nak baca klik Kisah Perempuan Pisang Perampas dan SINI.....Kalau koram baca koram pun mesti ada perasaan yang sama cam IEB, marilah kita sama-sama cuba bantu seboleh mungkin untuk kehidupan sempurna K. Aida dan anak-anak...

K. Aida ada jual barang second hand cam gambar kat bawah nie, kalau koram berminat bolehlah hubungi beliau di SINI.
 

Update Terkini:
* Juga Entry dari Ben Ashaari "Mari Bantu Sesama Kita"
* Entry Ujang juga Aku Sedih!!
* Juga dari Lulu, Lulu Caldina Tak Tahu Nak Cakap Apa
* Juga dari Kak Zu, Aku Juga Terpanggil ntuk Menceritakannya

Main Rubber

Hari nie entry IEB berbaur memgimbau zaman kanak-kanak ribena dulu... Dah berapa hari nie asyik entry dewasa jer, panjang fulak tu, mesti korang boring nak baca kan... Sory lah kalau boring sebab entry panjang berjela tu, cam biasalah kalau jari dah menekan keyboard tiba-tiba jer idea datang mencurah-curah... Ahaks...

Berbalik pada tajuk diatas yang bukan berbaur lucah okeh, dan sekadar cuma nak mengimbau kembali ingatan koram yang berada sama era ngan IEB mengenai main lawan getah pemadam... Sapa pernah main game nie amsa sekolah rendah dulu, sekolah menengah dah tak main dah sebab rasa dah remaja, malu nak main.. Hihiihi.. Kalau koram tak penah tengok, leh layan pic kat bawah nie yang IEB pinjam dari Achik Goggle...
Ha, cam gambar kat atas nie, koram pernah ker lawan-lawan cam nie??

Cara permainan dier kiter mesti picit hujung pemadam yang berbentuk segi empat sama, supaya dier melambung keatas. Pemenang adalah ditentukan apabila pemadam kita berada di atas [emadam pihak lawan... Senang jer kan game nie.. Tapi game nie pernah popular satu ketika dulu... Selain dari game lawan pemadam nie, IEB pernah juga mengumpul koleksi pemadan yang banyak, tapi sekarang dah habis dah sebab dah diturunkan pada generasi bawah IEB (adik-adik yang sedang menjadi ribena). IEB suka kumpul dari jenis bendera sampai lah jenis buah-buahan yang wangi tu.. Punyer lah banyak koleksi IEB dulu.... Selalu mak bagi duet belanja mesti simpan sebab nak beli pemadam.. Lepas tu lawan sapa paling banyak ada pemadam dan koleksi pelik pulak... Hihihihi budak-budak kan.. Yerlah masa tu mada ada lagi PSP, PS2... Rindu zaman kanak-kanak ribena.

Tuesday, April 12, 2011

Tips Pasangan Bahagia

 Boleh camtu, hari nie sekali lagi IEB nak menjadi pakar motivasi.... UjangCik Yana boleh baca, nak tambah pun boleh, IEB lagi suka.. Hihihihi.... IEB sebenarnyer tak lah berapa pakar sangat dalam bidang tips mencari kebahagiaan ni, ini cumalah sebahagian dari apa yang berlaku seharian dalam diri IEB ini, so kalau ada kekurangan minta ditambah kan dan kalau ada tersilap minta dibetulkan yer..... IEB hanya beri sedikit pandangan sahaja untuk koram... Ujang mintak maaf yer tips Kuning tu takdo, sebab IEB tahu ko pun dah terror dah... Ahaks.. Tutttttttttt........

♥ Percaya mempercayai adalah sangat penting untuk mengelakkan salah paham yang membawa ke arah pergaduhan dalam rumah tangga. Jangan terlalu mudah untuk berasa sangsi terhadap pasangan sehinggakan stiap gerak gerinya diperhatikan dengan penuh rasa curiga ♥
♥ Saling bertolak ansur sesama pasangan dengan tidak hanya mementingkan diri atau yang menguntungkan mana-mana pihak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam rumahtangga ♥
♥ Kikis sifat cemburu buta dalam diri setiap pasangan. Sifat ini adalah ekoran dari sifat kurang percaya mempercayai tadi, kerana jika kita menekankan sifat cemburu terhadap pasangan, ini akan memberi tekanan yang membawa ke arah perselisihan paham ♥
♥ Amalkan sifat berterus terang terhadap pasangan dan jangan simpan di dalam hati atau bercerita dengan orang lain mahupun ahli keluarga terdekat. Jika kita bercerita hal rumah tangga pada ahli keluarga terdekat, ia membawa risiko campur tangan ahli keluarga dalam masalah rumah tangga dan akan menjadi lebih besar sesuatu perkara itu, kecuali perkara yang sudah tidak dapat kita atasi lagi sesama pasangan, tapi yang terbaik adalah mendapatkan nasihat dari yang lebih pakar ♥
♥ Mengekalkan sifat romantis, tidak kira lelaki atau pun perempuan, bagi yang perempuan jangan hanya berharap sifat romantis lelaki, sebaliknya setiap permpuan mestilah mempunyai sifat romantis untuk pasangan anda ♥
♥ Jangan lupa untuk memberi penghargaan juga pujian terhadap pasangan, seperti kata-kata pujian, hadiah ulang tahun juga hadiah tanda penghargaan terhadap pasangan ♥
♥ Saling bekerja sama dan bantu membantu. Jangan hanya mengharap pasangan untuk memikul tanggunjawab seorang ♥
♥ Jangan malu untuk mengungkapkan kasih sayang sama ada dalam percakapan atau pun perbuatan, sebab kebanyakan pasangan memegang prinsip buat apa nak meluahkan kasih sayang, cukup lah sekadar dia tahu kita sayang dengan dia, tak perlu diungkapkan dengan kata-kata (kadang-kadang setiap pasangan sangat berharap ungkapan kata-kata sayang dari pasangan terutama perempuan) ♥

sebenarnya banyak lagi koram tips untuk bahagia nie, tak percaaya?? cuba cari jer dalam Goggle, Pakar Motivasi kita pun selalu bagi panduan untuk bahagia nie. Banyak juga buku motivasi untuk mencari bahagia ini... Apa yang paling penting adalah diri kita sendiri, bagaimana untuk mencorak hubungan supaya lebih harmoni koram.... Renung-renungkan yer...

JOM JOIN BLOGLIST BUDAK CHOMOT! :D


Maira Queen Yang Comel nie tag IEB, so IEB pun join lah yer..... Saper nak join sila klik SINI

Monday, April 11, 2011

Persahabatan Dalam Dunia Blog Tak Penting Langsung!

IEB nak tanya koram penting ker persahabatan dalam dunia blog nie?? Eh mana penting koram, buat aper nak bersahabat dengan orang yang kita tak nampak, tak dengar suara dan kenal hanya di alam maya, kang tak pepasal kene tipu jer.... 

Sebenarnyer koram yang ada anggapan macam tu kene banyak lagi mendalami dunia blog nie, kene selalu masuk ke Blog Otai yang banyak pengalaman tu, Insya Allah, kebanyakan mereka tak kedekut dengat ilmu blogging nie.... Pada pendapat IEB persahabatan dalam dunia blogging adalah sangat penting koram, disamping dapat mengenali rakan baru tidak kira usia, bangsa, juga golongan.... Setelah 4 bulan aktif dalam dunia blogging nie, Alhamdulillah IEB dapat mengenal ramai rakan-rakan dari Utara sampai lah ke Selatan. tak lupa juga yang berada di Sabah dan Sarawak... Kebanyakan mereka amat pentingkan persahabatan. Dengat persahabatan yang terjalin lah blog mereka dikenali ramai.... Mereka yang dah cukup dikenali, turut membantu rakan-rakan blog mereka yang baru bermula.. Kebanyakan mereka juga tidak pernah kedekut dengan ilmu mereka, saling bertukar pandangan juga bertukar pendapat sungguh pun mereka hanya bersahabat di alam maya (dunia blog).

Bila sudah rapat di dalam blog, mereka juga tidak penah puas untuk bersahabat hanya di alam maya, mula mengatur langkah untuk buat perjumpaan (gathering)... Biler dah berjumpa, bertambah akrab lah meraka, disamping dapat bertukar-tukar pendapat mengenai belog masing-masing. Dengan ini mereka akan menjadi lebih baik lagi untuk berblog dan menghasilkan penulisan yang menarik untuk dibaca umum.... So saper kata persahabatan itu tak penting, cuba lah tukar pendapat itu, dan cuba mencari sahabat walaupun hanya di alam maya.... Macam IEB, suker berkawan dengan semua orang. Saper yang tak suka kawan ngan IEB sila angkat kaki, IEB nak bagi hadiah spesel punyer.. hihihih

Gerammmmmm...


Wah agak bersawang jugak belog IEB nie, sebab dah 2 hari tak jenguk belog kesayangan nie... Rindu sangat, rindu juga nak baca entry koram, sat gi IEB terjah belog koram...

Apa yang membuat IEB geram??? sebenarnya peristiwa nie berlaku semalam koram, semasa IEB dan En. Bard dalam perjalanan pulang dari Jelebu, Negeri Sembilan ke Putrajaya... Minggu nie balik kampung En. Bard... Kami bergerak balik dalam pukul 3 petang, En. Bard buat keputusan nak cuci kereta di seremban, so kami balik ikut highway Seremban lah kali ini.... Selepas selesai kereta di cuci, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Putrajaya.. Ceh macam karangan SPM pulak dah... Sambung cerita balik.. Lepas traffic light di depan Hentian Bas Seremban, tiba-tiba ada 1 orang india sedang melintas jalan juga 2 orang warga emas yang nak melintas jalan depan kereta kami.. Masa tu nasib baik En. Bard bawak pada kelajuan yang sangat minima (perlahan lah kiranya)... Sempat lah tekan break kereta, kalau tak terlanggar pulak 1 orang india tu... Yang kami geramkan bukan orang yang melintas, tapi ada satu kereta di belakang kami yang bunyi kan hon banyak kali, tanda marah sebab kami berhenti mengejut, tapi tak da lah mengejut sangat koram, sebab En. Bard bawak pada kelajuan 30km jer koram maser tu.... Sangat perlahan okeh....

So kami pun meneruskan perjalanan kami, sampai di satu traffic light sebelum masuk Plaza Tol Seremban, kereta tu berhenti btul-betul sebelah kereta kami.... En. Bard tengok dier, dier pun bukak cermin kereta dan sound En. Bard dalam nada yang agak tinggi.... "Pasal apa abang break mengejut, sikit lagi saya nak langgar" lebih kureng cam tu lah bunyinyer koram... En. Bard pun aper lagi agak naik jugak lah temperature beliau tu, gitau dier balik, langgar jer lah kereta aku, daripada aku langgar orang tua kat depan tu.... Terjadi jugalah perbalahan selama 3 minit lebeh kurang.. Orang tu dah cakap jerit-jerit ni sebab tak puas hati... IEB cuba controlkan En. Bard yang sedang hot tu... Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan kami ke Putrajaya.... Memang lah salah kami sebab break secara mengejut, tapi niat kami cuma mahu mengelak orang yang sedang melintas di depan kami... Nyawa orang tu... Tapi apesal dier folow kami dengan jarak yang dekat sangat dan laju, kalau dier folow jauh mesti selamat punyer, lagi satu, setahu IEB kereta dier tu jenis kereta 4 wheel drive yang ada sistem break keselamatan canggih, kalau tak silap lah.... Tahu lah kereta ko tu kereta mahal, dan kereta kami ni buruk jer...

Friday, April 8, 2011

Jangan Mudah Berputus Asa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
Masih lagi penat mengamas opis semalam, Fail tahun 1999, pun masih disimpan, adeh sabo jer lah, sampai hari ni masuk opis pun lambat, semalam En. Bard telah pulang kerumah dari Sarawak, rasa terubat rindu dihati ni, penat-penat pun bila suami tercinta ada di depan mata, rasa hilang penat.... Auwchhh...

IEB nak tanya koram, pernah ke koram mengalami kegagalan dalam hidup ini, seperi putus cinta, muflis, mendapat penyakit kronik dan sebagainya? Mesti pernah kan... Macam IEB sendiri psalah satu peristiwa itu pernah berlaku dalam diri IEB, tapi tak mo lah ungkit cerita lama..... 
Sebenarnya IEB nie sangat suka menjadi penasihat pada adik-adik yang memerlukan yang menghadapi masalah kegagalan dalam hidup.. Gagal sekali tak beerti gagal selamanya koram... Apa yang penting kita kene sentiasa redha dengan apa yang berlaku kerana semua itu terlah tertulis oleh NYA. Misalnya gagal dalam percintaan, bukan lah beerti DIA mahu kita bersedih, tapi mungkin dia mahu memberi kita yang terbaik dari yang pernah kita miliki... Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya koram... Perasaan sedih itu mesti ada dalam diri koram, cuma janganlah mudah kita terpengaruh dengan hasutan syaitan dengan membuat perkara yang dilarang seperti membunuh diri, kerana bunuh diri bukan lah jalan penyelesaian keluar, memang lah mereka itu rasa jalan terbaik, tapi ketahuilah balasan di akhirat kelak. Nauzubillahiminzaliq..... (tiba0tiba berceramah fulak)

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, cuma kita mesti redha dengan qada dan qadar, dan percaya dengan ketentuan NYA. Paling penting jangan mudah berputus asa, sebaliknya kita mestilah lebih mendekatkan diri kepada YANG MAHA ESA dan cuba untuk menenangkan diri dengan berfikiran positif dan buangkan segala sifat negatif. Mesti koram kata, senang lah IEB cakap, IEB tak menghadapinya.... Seperti kata IEB tadi IEB penah menghadapinya dan bila menghadapinya untuk kali kedua dan seterusnya, IEB akan cuba lagi untuk menenangkan diri dan redha.. Insya Allah.....

Jika koram menghadapi kawan-kawan yang dalam permasalahan hidup, jangan koram pinggirkan dia, koram cuba mendekatinya. Jika dia tidak mahu bercerita, berikan dia masa dan jangan mendesak, kerana ia akan lebih menambah beban dalam diri meraka, berikan mereka masa dan berikan mereka kata-kata semangat untuk tidak berputus asa dan melakukan perkara negatif, dan jika kamu tidak mampu untuk menjadi pendengar dan pendamping terbaik, cuba bawa mereka pada yang lebih pakar.

Thursday, April 7, 2011

Offline Today


Sorry yer kawan-kawan, IEB offlne hari nie, sebab dalam proses mengemas opis yang tak penah kemas nie, Jabatan dah lama dapat pensijilan 5S, tapi DG office nie jer tak penah menjalankan aktiviti 5S sebab ada kuasa besar disini yang mengharamkan para panel 5S masuk kesini.. Ahaks... Harinie Den kiro bercuti lah yo walaupun den ado, ekau yang mano-mano rindu kek den tu tinggalkan lah apo-apo pesanan kek shoutmix ko, komen ko, den tak kesah.... Insya Allah esok den akan kembali bersiaran seperti biaso... Haaaa... Koram jangan mara IEB yang ferasan nie okeh.... Pen Merah, Pen Biru, U Marah, I Love U.....

Wednesday, April 6, 2011

Keliru Dan Teruja Sebab Ben Ashaari Singgah

First nak ucapkan tahniah buat pemenang Ben Ashaari Gegar 1000 Blog (3), CahayaNurKasih, satu satunyer pemenag untuk soalan ini. Sedih tak dapat join fulak, sebab internet terlalu slow, baru bukak 5 belog pc dah hank.. Huhuhu, hari nie pun bw dengan teramat slow, mintak maaf jer kawan-kawan kalau IEB tak dapat terjah koram. Tadi rasa nak lari balik umah jer...

Kenapa IEB rasa teruja sesangat??? Sebab En. Ben masuk juga kat belog buruk IEB nie yer kalau tak takkan dier tahun ada keta merah kat belog IEB kan... Terima kasih pada En. Ben yang glamer lagi otai tu.... Bukan niat nak bangga tapi terharu sikit sebab blogger glamer masuk belog IEB.. huhuhuhu
Apa yang buat IEB keliru, tapi dah tak keliru lagi dah ini semua trick bijak En. Ben buat soalan untuk peserta game yang beliau anjurkan tu.... Jap, jap, koram jangan pening tau.... IEB salute kat satu-satunyer pemenang soalan 3 ini, CahayaNurKasih sebab apa, dier memang rajin pergi semua belog, juga bijak.... Kalau koram tengok kat Senarai Nama Gegar 1000 Blog nama IEB ada dalam kumpulan 4, No. 31, Tak caya koram tengok balik kat SINI... Koram mesti tengok list kump. 3 jer kan, tak klik semua.. Sebab apa IEB cakap cam tu, masa soalan pertama IEB hanya bukak kump. 1 sahaja untuk soalan no. 1. Eh koram paham tak apa yang IEB gitau nie, kalau tak paham cuber tanya En. Ben betul tak... IEB hanya buat andaian jer .....

Lelaki Dan Pink

Kenapa, kenapa, kenapa lelaki tak suka pink erk??? Pink tu kan kaler terang yang sangat cantik.... Ada lelaki suker merah, merah pun kaler terang wat, apesal koram tak suker pink?? Kalau ada lelaki suka pink sila angkat tangan....  

Kenapa biler lelaki pakai pink jer mesti koram gitau " jambu siutt mamat tu".... Biasanyer si gurl yang gilerkan pink nie selalu bagi kat boyfreind present baju ker, jam ker, tali leher ker, kaler pink, koram lelaki yang anti pink nie pakai ker kalau orang tersayang bagi??? IEB tengok kat luar sekarang nie dah ramai dah lelaki pakai pink, slumber jer, tak malu pun, mungkin tu hadiah dari orang tersayang, tapi ada ker yang beli sendiri??? Banyak tanya fulak IEB nie.. IEB bukan aper cume nak selami lelaki yang minat pink nie, biler nampak kaler pink jer menjerit... "Argghhhhh cantiknyer pink, suker sangat" Koram penah jumpa tak lelaki macho cakap cam tu?? HIhiihi. kalau ada beliau sangat comel okeh.....

Koram layan lah pic kat bawah nie, IEB rasa nie semua mesti edisi terhad, tak banyak dipasaran....
Comel kan.... Eikkkk boxer pun ader kaler pink, tak sanggup mak nyah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...