Yang Join Aku Nie!

Thursday, March 31, 2011

Kenapa Lelaki Tak Suka Ikot Perempuan Shopping

Kenapa erk??? Kebanyakan lelaki tak suka ikot perempuan shopping.... Ada yang jenis biler perempuan shopping jer, lelaki dok tunggu lam kereta, dengan alasan malas nak parking dalam nanti kene bayar parking mahal, padahal malas nak ikot shopping.. Yang jenis perempuan nie plak kalau shopping tu mesti lama giler.... Tapi biasa lah tu, perempuan nie kalau shopping mesti nak wat window shopping dulu, riki barang, riki harga kat semua kedai... Kalau ada 7 kedai kasut kat Alamanda tu, semua kedai dier masuk, nak pilih yang paling cantik dan terbaik kan???

Jenis lelaki pulak kalau shopping sangat simple koram biasanyer.. Dia dah tahu dah barang apa yang mahu dia beli, masuk kedai dan tarus beli, tanpa tengok-tengok kedai lain.... Koram lelaki macam nie ker?? Tak rasa rugi ker koram sebagai lelaki tak wat window shopping satu pasaraya tu??? Mungkin sebab itu jugaklah golongan lelaki nie tak suka ikut perempuan yang shopping lama-lama.... 

Macam En. Bard pulak, setakat nie IEB perati dier rajin pulak melayan karenah IEB yang suka window shopping nie, malah boleh katakan semua kasut, beg dan baju IEB pilihan dia juga pilihan IEB... Berkenan dimata dia, berkenan juga lah dimata IEB... Bagi koram yang tak suka ikot perempuan shopping tu nak juga dengar pendapat koram.. Kenapa koram tak suka ikot perempuan shopping erk???

Terminal TBS like KLIA dah....


Semalam IEB bercuti, kerana menghantar ayahnda IEB tuk menaiki bas ke Kluang... Rasa teruja plak nak tengok kemodenan Terminal TBS di Bandar Tasek Selatan tu.... IEB menaiki ERL dari Putrajaya terus ke Bandar Tasek Selatan... Selalu klu IEB naik bas, Terminal tu masih belum di buka lagi....

Sampai jer di sana, memang teruja biler masuk dalam terminal tu... Sangat besar, moden dan cantik.... Terpinga-pinga jugak lah mencari tempat penjualan tiket... Mula-mula sampai, terus ke kaunter TBS, tapi mencari tiket ke Kluang tiada pulak... Dah risau dah nie, takut tiada perjalanan bas ke Kluang pulak... Rupernyer kaunter tiket bas biasa ada kat depan lagi..... Tengok kat dalam tu cam lengang jer.. Iyerlah kan hari Rabu, saper yang nak balik kampung hari Rabu kan....

Di terminal tu siap disediakan jadual pelepasan dan ketibaan, wah dalam hati dah cam airport dah nie.... Habis beli tiket semua, IEB pun cari terminal pelepasan.... Sampai di pintu pelepasan tu IEB tengok ada dalam 3 orang Polis yang mengawal disitu... Dier mintak tiket, dan dia kata hanya pemilik tikit sahaja dibenarkan masuk.... Alamak cam airport lah.... Kesian pulak Ayahnda IEB nak mencari-cari bas kat bawah tu sorang-sorang.... Dah macam nak naik kapal terbang dah nie, cam leceh lah plak lam hati ni.... Lepas hantar Ayahnda sampai pintu atas jer, hati rasa tak sedap plak, takut Ayahnda tak jumpa plak bas kan... Alhamdulillah nasib baik Ayahnda jumpa jugak bas yang dinaiki, baru lah rasa lega sikit... Ni semua sebab dah terlebih canggih lah nie... Huhuuhuhuhu

Tuesday, March 29, 2011

Stop!! Jadi Hipokrit

Kenapa nak jadi hipokrit??? Sedangkan dalam hati kau tu penuh ngan sijil PHD yang tak laku langsung tu. Berhenti lah jadi baik sebab itu semua lakonan kau semata-mata. Di belakang aku,  kau ada sikap iri hati kat aku. Kenapa kau dengki sangat kat aku erk?? Emosi plak IEB nie.. Sebenarnyer perkara nie tak berlaku kat IEB pun, tapi penah berlaku kat kawan IEB..

Koram penah ker mengalami perkara macam nie? Di depan kita punya lah baik, pijak semut pun tak mati, sampai cakap, "ko lah sahabat aku dunia akhirat", "aku tak sanggup kalau kau di hina, dicaci", "aku rasa terhina kalau orang mengutuk, mengata kau" " aku selalu backup kau kalau orang mengata kau, mengutuk kau"... Tapi tu semua adalah ayat buatan dia semata-mata nak tunjuk kebaikan di depan kita, kononnya nak cungkil rahsia kita.. Tak dapat okeh nak buat macam tu.

Yang paling menyampah sekali, bila kita dapat tahu itu semua pembohongan semata-mata, berpura-pura baik semata-mata ada perasaan dengki terhadap kita... Hipokrit kan?? orang yang macam tu.... Dan yang paling sakit hati sekali bila dalam diam dia ada sifat nak bersaing dengan kita, misalnya, bos baik dengan kita, dier pun sama terhegeh-hegeh baik dekat bos, kalau kita pakai baju cantik, dier pun kata baru jer beli baju cantik tu semalam, sedangkan non ado okeh.... Kalau kita dapat anugerah ker pujian ker, dier pun sama cemburu, lepas tu kipas anggun lah aper lagi, tapi belakang-belakang lah, sebab nak tunjuk baik. Boleh katakan semua yang ada kat badan kita nie semua dier nak beli dan pakai jugak. Nasib baik lah tak nampak G-String kaler aper kat dalam tu, kalau tak mesti nak beli gak kan?? Kalau kita dapat pi oustation ker, jadi urusetia ker, dier pun sama senyap-senyap nak pergi jugak gitau ngan penganjur majlis, tanpa kita tahu, tahu-tahu jer ada sekali dengan kita.... 

Sakit hati tak koram kalau jadi cam tu, kat koram, IEB yang jadi pendengar setia nie sakit hati gak, kalau perkara nie berlaku kat IEB

Monday, March 28, 2011

Happy Mondays.....


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua..... Mood masih lagi rindu sangat kat En. Bard yang lum balik dari kerja luar di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang.... Lam tadi sebelum tido cium baju bucuk En. Bard yang ditinggalkan sebelum Ke Pulau Pinang, tiba-tiba hati jadi sebak, sebab ada bau dia.. Mungkin rindu sangat kot, dah 5 hari tak jumpa.... Huhuhuuhuhu.....

Orang kata Isnin  ni Blues Monday... Naper yer??? Biasanyer hari isnin nie, semua malas nak bangun pagi, malas nakbangun, malas nak pi keje, malas nak iron baju pagi-pagi, malas nak buat sarapan pagi-pagi, malas nak mandi pun ada.. Ado ker??? Naper erk??? Tak semua lah yang cam tu, tapi totally memang cam tu, termasuk lah IEB. Hari Isnin lah hari paling malas sedunia...... Alasan sebab aper hari isnin adalah hari kemalasan adalah sebab dah bercuti 2 hari, ada yang rehat puas-puas, ada yang balik kampung bersama keluarga, ada yang melakukan aktiviti bekeluarga, tak lupa yang buat housekeeping tu, dan yang paling banyak of coz lah memenuhi jemputan perkahwinan kawan-kawan, serata tepat pergi. Lepas nie pi tumah A, lepastu rumah B, esok pulak umah J... 

Tu sebab lah ramai yang agak moody biler hari isnin, Tapi biler hari Jumaat jer berseri-seri muka koram kan, yer lah kan malam tadi kan malam jumaat, tu yang hari jumaat berseri-seri tu.... Koram buat aper haaa malam jumaat??? Biler dah mendekatkan diri pada NYA di malam jumaat, esoknyer mesti rasa refresh jer hati kan.... Bagi yang dah kawin pulak biler buat perkara sunat jer, esoknyer koram tersenyum jer sampai balik kan..... Biler dah petang nak balik keje lagi lah tersenyum gembira, sebab esok cuti kan.... Tak sabo rasanyer, siap dah standby depan punch card, tepat jer punch bunyi terus punch..... Tapi bagi yang kerja hari esoknyer, mesti koram tak berapa nak happy jugak kan.... Ermmm tu semua aper yang berlaku lam diri IEB sebenarner, tapi senyum sampai ke teliga pada hari jumaat tu tipu kottt.. Hehehhe cover line pulak...... Aper pun kita  cuba jadikan setiap hari, adalah hari yang paling gembira dalam hidup kita.... Smile Always.....

Friday, March 25, 2011

Butoh Isap Kote??? (Apa Ni)

Auuuuww betul kata Cekodok yang dah lama menyepi tu, Belog IEb dah tak suci lagi... Huhuhuhu... Wow sunguh melampau tau manusia yang tingalkan komen tanpa link kat shoutbox IEB.... Koram Belog IEB nie suci lagi tau, belom di nodai, klu ada pun ringan-ringan jer....

Cam belog Ujang selalu diserang si "Zaki"... Ni pertama kali Belog IEB di serang pembaca tanpa dikeahui.... IEB rasa klu ikot bahasa dier, mesti orang Indonesia kot... Koram rasa cam ner.... Alah blogger otai pun selalu kene serang kan, ni kan pulak blog carca merba IEB nie.....
Koram buat aper tu kecik-kecik mata, klik jer bagi besar klu tak nampak atau kabur :)

Thursday, March 24, 2011

Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall

Nauzubillahhiminzaliq... Kejadian dipercaya berlaku jam 04.30 petang tadi di KB Mall.. IEB dapat berita ni pun dalam FB ada yang share video berkenaan.... Bagaimanapun beliau dikatakan cedera sahaja, berikutan jatuh atas tilam bomba yang telah disediakan awal.. Nasib lah Pihak Bomba bertindak awal, kalau tak tak tau lah jadi apa... Wahai koram yang kat luar sana, jangan lah berfikiran sempit, sehingga kan sanggup bunuh diri, untuk melepaskan diri dari masalah yang di hadapi...

Minta Maaf

Minta maaf yer klu entry IEB mengenai "ego" wat koram terasa hati... Sebenarnya IEB tiada niat untuk menyalahkan Kaum Adam semata-mata yang mempunyai ego tinggi, kaum wanita juga ada yang ego, lagi-lagi kaum wanita itu bepangkat besar, berkedudukan lebih dari lelaki..... Sebab tu IEB gitau, kita memainkan peranan penting untuk mengatasi perasaan ego dalam diri masing-masing. Apa yang pentik kita meti banyak bertoleransi sesama pasangan, bawa berbincang dan mengenali kelemahan masing-masing, Dan yang paling penting jujur dengan pasangan..... Insya Allah sesebuah hubungan itu akan bahagia selalu.

Mari kita tengok pandangan bakal pengantin, mengenai ego, yang akan di ijabkabulkan pada bulan 5 nie... Mudah-mudahan Masjid yang dibina akan terus kekal bahagia selamanya keakhir hayat......Insya Allah.... Ujang dan Cik Yana.
klik untuk tumbesaran
Kita tengok juga pandangan blogger terhadap ego. Terima kasih CCI, Mama Yana, Jannah, Cik Ajan, Mr. Curly, Raja Nakal, Ctiey, Kak Pia, Kakchik Ella, Ejai dan Mrs. Sabri
klik untuk tumbesaran

Lelaki Ego Tinggi.....

Orang kata lah bukan IEB yang kata, lelaki nie ego tinggi... Betul ker? Koram yang dah ada boyfriend, tunang, suami jer boleh jawab sama ada pasangan koram tu ego tinggi atau tak.... Seronok ker kalau hidup dengan lelaki yang ego tinggi nie?? Koram juga yang hanya ada jawapannya... Rata-rata wanita akan kalah dengan egonya seorang lelaki..... 

Pada pandangan IEB, memang betul lelaki nie ada egonya koram, yerlah dia telah dijadikan sebagai seorang pemimpin di muka bumi ini... Ego mesti ada tak banyak pun sedikit, supaya tidak pandang sama dengan kaum hawa. Bagai mana ego seorang lelaki tu berbeza  sama sekali. Kita sebagai pasangan memainkan peranan penting tuk mengatasi ego pasangan kita, bagaimana??? Memang sorang wanita dijadikan lemah, tapi tak beerti kita kalah dengan egonya lelaki... Apa yang perlu kita mesti lah ada mentaliti yang kuat untuk mengatasi ego seorang lelaki ni, supaya kita tak di pandang lemah dimata lelaki.... 

Betulker ego nie salah satu punca hubungan hambar??? Mungkin juga, sebab tiada toleransi untuk mengatasi masalah ini.... Perempuan ego ada ker??? Ada kot??? setakat nie IEB rasa IEB tak penah jumpa lah lagi dengan perempuan ego nie... Koram paham ker aper yang IEB tulis nie?? alahai belasah jer lah.... tapi tu lah yang IEB nak sampaikan....

Wednesday, March 23, 2011

Tambah Dos Ubat

Baru sempat, jengah belog hari nie, betu lah IEB dah terkena angau blog nie, sehari klu tak buka belog rasa rindu jer, sehari tak gi belog kawan-kawan rasa rindu yang amat-amat..... Elleh mengada-ngada lah tu... Tadi IEB appoinment dengan doktor, berkenaan darah tinggi IEB tu, every 3 month memang kene monitor (eleh speking plak). Hari ni jumpa doktor, doktor gitau bacaan darai IEB tinggi plak.. Mula-mula cek pakai automatik mesen dapat 120/110 (bawah tinggi), pastu cek pakai yang manual pam pun tinggi gak 120/90.. Doktor kata darah bawah tinggi tu...

Pastu cam biasa lah bagi appoinment 3 bulan dari sekarang, ambil darah bagai...... Doktor tambah dos ubat yang IEB makan sekarang dari 10mg ke 15mg.... Ermmmm makan ubat pun sama jer.. kontrol makan pun sama jer... Ikutkan jer lah kan koram.......

Tuesday, March 22, 2011

Garuk Belakang Badan Kat Dinding

Tetiba teringat kat Arwah atuk-atuk IEB.. Alfatehah tuk arwah.... Aduh hari nie dugaan... Pagi tadi nak pi keje hujan renyai-renyai... Gi keje naik moto je koram, redah lah aper lagi... IEB anto En. Bard gi opis kat Parcel C, Patu IEB bawak moto ke opis IEB kat Parcel A, Keluar jer pada opis En. Bard, ujan menderu ngan tiba-tiba, tak der tempat nak berhenti, IEB redah jer lah... Agak basah jer lah walaupun jarak opis kami dekat jer.... Sampai opis jer nak naik tingkat 1 tempat parking opis IEB, tetiba... aduh tayar jadi tak jejak ke lantai, IEB pun jatuh bedebuk cam nagka busuk bersama motor da... Nasib tak der orang, tak der lah malu sangat... Blushing sekejap.... Okeh lah masuk plak cerita tajuk kat atas, kang koram marah pulak IEB cerita tak sama ngan tajuk. Hihihiihi....

Koram penah ker nampak atuk-atuk koram, wan-wan koram, ayah-ayah koram klu gatal bahagian badan belakang yang tak sampai tuk di garu, diorang gesel-gesel kat bucu dinding.. Yer lah masa tu takder lagi alat penggaru tu koram... Dulu masa zaman keci-kecik penah gak wat cam tu, klu dah tak tahan sangat gatal, cepat-cepat carik bucu dinding nak garu belakang badan... Tadi tiba-tiba gatal belakang, tk sampai plak tangan IEB nak menggaru nie, tangan pendek kan... Klu kat rumah En. Bard lah jadi tukang garu tuk IEB.. (tolong jangan jadi kuning cam Ujang okeh)... Kat opis nie saper lak nak mengaru IEB kan,kan, kan?... Belari IEB mencari bucu dinding tuk menggaru, tu tiba-tiba hati rasa sayu teringat kat Arwah atuk IEB yang suka buat macam tu dulu-dulu..... Koram penah ker buat cam nie???

Monday, March 21, 2011

Mari Tolong Menolong

Kepada yang berminat, mari lah ke belog beliau tuk keterangan lebih lanjut. Semoga usaha beliau dipermudahkan Allah.. Amin... tetiba hati rasa sayu dan sedih sangat...

Entry di copy paste dari belog Bro Ketak-ketak
 
" terlebih dahulu nak cakap Assalamualikum kat abg ben..
Saya teruskan dengan niat saya aje bole x abg ben..hehe..
gini, ayah saya ada buat project wakaf quran di mana kita mencari sesiapa sahaja yang sudi mewakaf al-quran.
Al-quran disediakan dan para pewakaf bole contact ayah saya kalau berminat nak buat wakaf ni.
Quran-quran yang dah diwakaf ni akan dihantar di negara-negara islam contohnya macam indonesia, acheh, pnom penh, vietnam dan beberapa negara lain.
Termasuk jugak kat malaysia. quran ni ayah saya akan hantar kat sekolah-sekolah agama, maahad-maahad tahfiz, pondok2 dan tuk org2 miskin kat malaysia dan luar.
Jadi, saya nak mintak tolong abang ben mempromote blog ayah saya ni dan meramaikan lagi org2 yg sudi buat wakaf ni.
ni blog ayah saya : http://wakafquran.blogspot.com/
Terima kasih banyak2 ye abg ben. abg ben punye penangan lain sikit. so harap diorang dapat membantu la.
kalau dapat bantu sebarkan pun takpe.
time kasih banyak2.. maaf ye ganggu abg ben.. "

"Watermark Bro Ketak-ketak :Ok.. faham dah ? Jadi pada yang berminat tu , silalah yer .. kalau sudi , panjang panjangkan la... pahala tu .. Jangan pandai kritik jer.. trafik trafik gak kan? " (pendek jer, tapi sangat bermakna)

Mari lah kita memanjang-manjangkan perkara yang baik ini, mudah-mudahan niat baik tuan punya belog ini di permudahkan..

Ayam Seksi !!!


Alamak mahalnyer harga ayam, lepas nie kene makan lain lah selain ayam, macam mana lah nasib kami yang bergaji kecik ni nak hidup, kalau harga barang mentah naik mendadak? Patut lah hari tu IEB beli ayam kat Pasar Presint 8 harga sekor EM18.00, ayam kecik jer koram.
Mintak Maaf yer koram entry ni hasil copy paste dari "Harian Metro"

KUALA LUMPUR: Kenaikan mendadak harga ayam di pasaran yang mencecah RM8.50 hingga RM9.90 sekilogram tidak menjejaskan permintaan makanan itu apabila bekalan ayam di kebanyakan pasar basah dan kedai runcit habis seawal jam 12 tengah hari. Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar basah, pasar raya dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati kebanyakan pengguna terburu-buru dengan membeli bekalan ayam dalam kuantiti banyak ekoran kebimbangan harga itu akan terus meningkat.

Suri rumah, Saodah Abdullah, 50, berkata pengguna tidak mempunyai pilihan selain membeli ayam walaupun menyedari harga di pasaran terlalu mahal dan membebankan. “Saya berkeluarga besar yang memerlukan penggunaan ayam yang lebih sebagai bahan masakan. “Suami dan anak-anak lebih gemar ayam berbanding ikan atau daging menyebabkan saya membelinya dalam kuantiti banyak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Saodah berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana membebankan isi rumah yang terpaksa berbelanja lebih setiap hari terutama sepanjang seminggu cuti persekolahan selain faktor kenduri kahwin.

Pengguna, Ahmad Bohari Mohd Nor, 46, berkata kenaikan harga ayam secara mendadak iaitu kira-kira RM1.50 itu memberi kesan kepada perbelanjaan hariannya. “Saya harap pihak terbabit memantau harga ayam terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan kerana ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga terlalu tinggi,” katanya. Peniaga pasar basah, R Gopal, 31, berkata peniaga terpaksa menaikkan harga kerana pembekal menjual ayam kepada mereka dengan harga tinggi RM8 sekilogram. Katanya, peniaga memperoleh untung kecil selain perlu menampung beberapa kos penyelenggaraan termasuk bayaran pekerja dan perkhidmatan yang disediakan pasar itu.

“Minggu lalu, kami menjual ayam pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi naik sedikit demi sedikit hingga sekarang dengan harga RM8.50 sekilogram,” katanya. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata masalah kenaikan harga ayam secara mendadak ini berpunca daripada harga tinggi bekalan makanan ayam yang diimport dari negara luar. Mohd Yusuf berkata, kebanyakan negara pengimport kini mengalami bencana alam yang menyebabkan bekalan produk dijual dengan harga mahal dan senario ini memberi kesan kepada harga barangan terutama bekalan ayam di pasaran.

Perempuan "Gediks" Koram Suka Tak??


Klu IEB tanyer koram yang wanita ini, koram suker tak perempuan "Gediks" nie??? Klu tanya pendapat IEB, terus terang IEB tak minat hokeh, lagi-lagi yang buat-buat gediks nie... Eh ader ker gediks semulajadi sejak azali? Tah lah, tapi kebanyakan yang IEB jumpa gediks buat-buat jer... Biasa diorang  nie gedik depan insan yang bernama lelaki jer, tapi bila depan kita boleh plak jadi normal.... Kalau dulu zaman persekolan IEB, perempuan gedik nie adalah golongan yang paling glamer kat sekolah, juga golongan paling disukai ramai... Semua nak jadi geng gediks nie, sebab glamer, pastu diorang kene lah tukar karektor diorang dari yang lemah lembut ker kasar ker ubah jadi gediks... Lelaki-lelaki ini, pun apa lagi, memang suka juga golongan gediks nie.. 

Kategori IEB masa sekolah dulu?? Ermmm IEB golongan pemerhati jer, yang suka mengusik orang... Nakal-nakal ubi walaupun pengawas sekolah... Dah takder ruper pengawas dah rasanyer, rupa mawas adalah.. Hihihihihi..... Cinta Monyet zaman sekolah, tak minat, sebab tak glamer kot... Tak der admire pun masa zaman sekolah dulu.... Sekarang nie IEB mula bersikap gediks nie, tapi........ dengan En. Bard je IEB gediks, ngan orang lain tak boleh okeh, nanti orang menyampah.... 

Klu zaman sekolah dulu, IEB penah tanya geng-geng IEB, golongan lelaki ini, koram suka ker perempuan gediks nie?? Hampir 80% kata diorang suka.... Diorang suka sebab diorang pun boleh glamer  sebab kawan ngan perempuan A yang gedik dan glamer tu.... Pastu alasan bagi jawapan diorang lagi, perempuan gediks nie biasanya ada sifat manja buatan, tu yang diorang suka tu.... Contoh ayat "Alaaaa awak nie, suka kacau saya tauuuu" (tangan tu mesti nak pegang-pegang dekat orang yang dia tengah cakap, pastu dengan liuk lintok) Menyampah tak koram??? Tu zaman sekolah lah dulu... Tapi era sekarang nie tak tau plak IEB, koram yang lelaki nie suka ker perempuan gediks nie?? Ada lagi ker perempuan gediks di era ini?? Ada lah jugak koram, cam kat opis IEB pun ada lagi... Malas nak cerita lebih kang, menyampah tau.....

P/S : Eh lelaki ada gak tak yang gedik? klu ada meh bagi tau IEB

Friday, March 18, 2011

Kejutan Hari Jadi

Apekah kejutan bitrhday tuk IEB dari En. Bard?? Tak kesah lah koram nak kata IEB menunjuk ker aper ker??? Tapi IEB sangat terharu dan menghargai suprise tuk IEB.. Petang tu balik jer dari opis, En. Bard tak bagi langsung IEB ke dapur, dier masak menu dinner hari tu dia kata.... Setelah berhempas pulas kat dapur maka terhasil lah menu kat bawah nie.. Amacam sedap ker??? Cekodok mesti jeles sebeb En. Bard masak tuk IEB.. Ekkekeke....
Selepas berhempas pulan menyediakan menu tuk IEB, EN. Bard pun kluar dari dapur dengan adik-adik beliau, Nurul, Ayep dan Ainur ramai-ramai nyanyi lagu birthday kat IEB, dan bagi cokelat kat bawah nie..... Sayang Pa sesangat.. Sayang adik-adik akak semua....

Okelah IEB nak kongsikan juga pic yang IEB printscreen kan dari FB ucapan birthday dari kawan-kawan FB.. Terima kasih semua... Ucapan Dari Pa tersayang...

Ucapan kawan-kawan, sahabat handai, adik-adik






























Thursday, March 17, 2011

Jutaan Terima Kasih Buat Semua......

Assalamualaikum semua dan selamat pagi... Pagi nie IEB sangat ceria dan bersyukur sesangat sebab masih lagi bernafas... Samalam adalah hari yang sangat gembira.. Jutaan terima kasih IEB ucapkan bagi yang memberi ucapan ulang tahun IEB yang ke......, terutama buat suami tercinta, yang siap curik masuk belog IEB sebab nak wish birthday, patutlah tido lambat yer Pa..... Thanks Pa, Je sayang Pa sesangat dan sampai bila-bila.. InsyaAllah Je akan comel sentiasa disisi Pa.. Mmmmmuah...... 
Tak lupa juga jutaan terima kasih bagi kawan-kawan blogger yang meniggalkan komen dekat entry En. Bard curik tulis tu.......






Dan yang paling terharu, K. Pah siap wat ucapan birthday lam ucapan beliau.... Sayang sangat K. Pah walaupun IEB hanya kenal beliau lam blog saja... Sebelum nie K. Pah penah wat review pasal blog IEB kat belog dier... Koram singgah lah belog ibu comel nie rau, maner tau pas nie K. Pah review belog koram plak...
Entry ini akan bersambung siri ke-2, ada kejutan dari En. Bard juga adik-adik ipar IEB lam tadi tau.. tguuuu aper kejutan tu....... IEB akan masukkan juga pic Ucapan birthday dari Facebook... Tungguuuuuuuu yer koram....

Wednesday, March 16, 2011

Akaun Facebook akan ditutup bermula malam nie....

Betul ker koram akaun FB akan ditutup bermula malam nie???? IEB ada dapat private chat dari kenalan IEB.... Koram tengok pic kat bawah nie key....
sila klik untuk tumbesaran maksima

Selamat Hari lahir Sayang Pa

 jeng3...............pa masuk je punyer blog curi2 saje je nak wish kat je ......

Disini En Bard ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk buah hati intan payung pa.......semoga kite dipanjangkan jodoh dan umur.....pa sayang je sesangat.....muahhhhhh......

Hadiah nyer lak tak dapat bg sekarang.....tp bulan 5 nie eh....(cabar cikit huhuhhuuhuhu.....)


pehhhh.....dah naik lg umur je....tp muker je tetap same cam mase pa mule2 kenal je.........(cute)

key sayang pa SELAMAT HARI LAHIR JE YANG KE   .........

Tuesday, March 15, 2011

Tutorial Memasukkan Entry dalam FB Tuk Cik Maz

Okeh IEB tak berapa pandai nak wat tutorial nie sebenarnyer... Atas permintaan Cik Maz, IEB buat gak... Cik Maz tanya bagaimana hendak memasukkan entry kiter dalam Facebook.... 
* Mula-mula kene pilih entry yang cik maz nak masukkan dalam FB, klik pada entri tu sahaja
* Selepas itu klik semua url, entry tersebut dan klik copy macam pic kat bawah nie
Klik untuk tumbesaran

* Selepas itu buka Akaun FB kita, paste url tersebut di new post.... Itu saja......

Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA

LELAKI pilihan anda ?
~ Penyayang cam En. Bard, Manis Cam En. Bard, Nakal cam En. Bard, Ada lesung pipit cam En. Bard, Romantik cam En Bard..
*semua cam En. Bard lah senang.....

Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
 ~ Tak perlu kot kot lelaki seksi nie... 
 ~ Lelaki seksi hanyalah EN. Bard sorang jer.. IEb suker perut En. Bard.. hihihi, Tak tau lah lelaki seksi camner..... Klu pempuan tu tau lah, ofcoz lah cam Maria Ozawa (koram kenal ker?)

LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
~ Pada IEB dier lagi banyak bekorban selepas memiliki cinta IEB, malah berusaha untuk memenuhi kehendak IEB.
Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ? 
~ Tak sanggup, sebab tak mahu kongsi En. Bard dengan sesapa, tak mahu kongsi kasih sayang dier ngan sesaper, tak mahu dier bina mahligai ngan orang lain, walaupun dengan Cekodok.. Tak sanggaup mak nyah dengan gay nie.. hihihihi jgn mara Cekodok.

Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ? 
~ IEB lenyek dier dengat trektar, amacam kejam tak? tak pun kerat 18 campak lam sungai, kejam ker nie? apakan daya IEB hanya mampu menagis dan berdoa mudah-mudahan dier kembali kepada IEB.... Tapi tak nak tau...

LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
 ~ IEB rasa dua-dua kot...
 
SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
~ Alahai susahnyer soalan Bro Ben nie nak jawap, Setia pada cinta perempuan kot...
Apakah anda seorang yang mudah cemburu?
~ ya tapi bertempat lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...