Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.. Hari ini hari Isnin.. Of Coz koram merasa apa yang sedang apa IEB rasakan sekarang.. Huhuhuhuhuhu... "Monday Blues". Bila bangun terasa malas nak bangun, bila mandi pun terasa malas nak mandi bila pergi kerja dah mula terasa malas nak kerja juga bila ada kerja terasa malas nak buat kerja...
Malassss segalanya, tapi hari ni semangat gak sebab gaji untuk gov sektor + bonus dah masuk per lagi shopping ler koram-koram... kan YES (Year End Sale).. Semalam adalah window2 shopping sikit2.. Boleh tahan gak harga barang2 yang membuat gatal jer tangan nak sambar satu dua barang, tapi shopping, shopping jugak koram, jangan lupa biler dah gaji awal ni belanja kena lah beringat nak mencukupi sehingga ujung bulan.. Kalau tak ujung bulan makan biskut kering, yang mewah sikit pun maggie kari lah.
Eh, eh terpanjang pulak mukadimah pagi ni.. Hihihihihiihi.. berkenaan tajuk di atas, IEB sudah terjerat dengat satu novel ala-ala cerpen ini sebenarnya.. Kalau tengok tajuk cam cerita blue jer.. Tapi sebenarnya novel tersebut menceritakan kisah hidup si penulis dari beliau kecil sehingga kini. Menurut kata penuli 80% cerita adalah kisah benar...
Mula-mula baca novel ni dah mampu membuatkan IEB tersenyum dan tergelak kecil... IEB lom habis lagi baca, Insya Allah nanti nak habiskan baca.. Kalau koram nak cuba baca try carik noel ini di pasaran. Ataupun koram boleh carik penulis tersebut di sini http://www.akulinglung.com/... Blogger rupanya beliau nie.... Bangga juga IEB menjadi sebahagian daripada kumpulan blogger, walaupun blogger picisan sahaja...
7 comments:
yey bleh shopimh ye hehe
morning dalim
nanti nak carik lah buku tu, saya pun peminat novel jugak =)
nk carik gak la buku ni pas kak IEB kata best...
kakD dah baca dah....memang tak kering gusi la bila kita membacanya...
Rupanya tajuk novel....ingatkan sapa lak dok derma sperma nih hehehehhe
dah khatam buku ni. memang cam gampang kelakarnye. keh keh
nak cari..
thanks sayang syer ya
Post a Comment