Yang Join Aku Nie!

Thursday, October 13, 2011

Ucapan Sayang Selalunya Dari Perempuan

Assalamualaikum WBT... dan Selamat Pagi koram.... Semalam IEB dikejutkan dengan kehilangan seorang rakan IEB yang bekerja di Negeri Sembilan akibat terjatuh bangunan... Alfatihah.. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat....

Lama rasanya IEB tak menulis mengenai cinta, perasaan dan sebagainya.. Ucapan Sayang sering kita dengar dari mulut perempuan, sebagai tanda menghargai pasangan mereka. Ada juga sesetengah lelaki yang bosan bila perempuan selalu mengungkap sayang cinta dan sebagainya. "Kenapa perlu nak cakap sayang jer, habis kita ni tak sayang awak ker" Kenapa nak bosan bila pasangan mereka berbuat demikian, sedangkan itu adalah tanda dia benar-benar menghargai kamu dan hubungan yang terjalin.

Manakala perempuan pula jangan menyalah kan lelaki yang jarang mengungkap sayang pada mereka. Kebiasaanyan lelaki ada ada ego mereka tersendiri. Mereka jarang mengungkap sayang pada pasangan mereka, sebaliknya mereka menunjuk kasih sayang mereka melalui perbuatan juga cara mereka mengambil berat pada kita, perempuan. Ada juga lelaki yang suka mengungkap kata-kata sayang pada pasangan mereka, tapi jumlah orang sebegini kebiasaannya tidak ramai, kira limited edision lah nie. Hihihiihihihi...

Pada IEB terpulang bagaimana cara koram menyampaikan perasaan sayang koram terpulang pada cara masing-masing.. Yang penting koram tahu koram ikhlas terhadap pasangan koram. Jangan sesekali salah-menyalah sesama sendiri kerana ini mungkin akan mengakibatkan hubungan koram hambar. Terima seadanya cara pasangan koram untuk menyampaikan kasih sayang.

Semoga koram bahagia selamanya bersama pasangan koram.... ♥♥♥

13 comments:

MizzTina said...

kak, btl la.. asek kite je yg ckp syg, lelaki ego sgt!!!

qaseh tia said...

eh tp x....mcm kita suami sllu ckp sayang..ngeeeeeee kita yang ego..huuuuhuuuh

wan habibah said...

suami ku jarang beno nak ckp syg.... susah beno nak dgr.. kdg2 sedih hati.. kikikiki

Rosalia said...

:) lelaki mmg ssh nk ucap tp sekali dh ucap fuh~ cair.hhaha

gadis kepastian said...

sama la..mr hubby susah nak ucap syg..tp kekadang terluah juga dari mulut dia..

Gdsbnga said...

lelaki selalunya tunjukkan sayang dia daripada cara dia treat kita .

laskar pelangi said...

alahai..jeles semua ada hubby =D

Anonymous said...

ada gak suami orang suka panggil sayang pada isteri orang...agak2 tuan punya blog mcmana tu

Isteri Encek Bard said...

anon, tu kira gatal dah tu.. sangat bahaya okeh...

BeloG MTT said...

3 perkataan tapi susah nak di ungkapkan.. :')

❤ lovelymasha❤ said...

su jom join ga dr yana kt sini...

http://yanayassin.blogspot.com/2011/10/giveaway-from-yy-saya-nak-ole-ole-dari.html

Lydia Miza said...

hehe..klu hubby akak asik ckp i love u je akak lak rimas..keh3.syg bkn dari mulut..tp dr hati.sesekali blh la ucap..bkn tiap jam.wanita ingin rasa di sayangi, lelaki pula kadang2 ramai yg takmo lafas sayang.huhu

kpah k-poh Sharifahnor said...

sentiasa sebut sayang..pada semua...hmmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...