Assalamualaium dan Selamat Pagi koram.... Jangan gerun dengan tajuk diatas, sebenarnya IEB bukan dalam situasi seperti dalam tajuk di atas... Hal ini biasanya berlaku disekeliling IEB dan menarik minat IEB untuk mengupas tajuk seperti di atas..
Apa yang IEB jumpa disekeliling IEB, orang kita suka mengetengahkan perkara-perkara kecil ini menjadi besar... Dari sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dengan cara mudah ianyanya menjadi besar sehingga sukar untuk dilaksanakan... Contohnya isu politik di Negara kita dari punca yang kecil, diperbesarkan untuk mendapat perhatian ramai, juga sokongan ramai, tapi IEB tidak berminat sama sekali untuk menyentuh isu politik di Negara Kita... Hal rumah tangga misalnya pun sering dijadikan bahan untuk diperbesarkan yang menjadi punca isu keretakan dalam rumah tangga, isu ini juga tidak mahu IEB kupaskan dan ianya dijadikan contoh sahaja..
Dalam dunia blog perkara sebegini juga sering terjadi. Apa yang IEB perhatikan ada blogger suka memperbesarkan perkari kecil ini misalnya blogger menegur cara blogger lain ber blog... Kita pandang dari sudut positif, ianya mungkin satu teguran yang baik untuk kita memperbaiki blog kita, kenapa harus nak diperbesarkah hal yang sebegini remeh sehinggakan ada yang membuat entry membalas balik, kononya tidak dapat menerima teguran kerana merasa mereka tidak layak untuk ditegur oleh orang yang menegur itu, sehingga ianya akan mengakibatkan pertelagahan dan perselisihan paham sesama blogger...
Perkara sebegini bukan sahaja berlaku dalam dunia blogger, malah ianya kerap kali berlaku disekeliling kita... Dalam dunia hiburan juga ianya sering berlaku, kisah artis yang dijaja sana sini, padahal itu adalah hal remeh yang kita tak perlu tahu pun, bila dijaja sana-sini membuatkan kita berfikiran negatif terhadap sesetengah artis tersebut.
Kebiasaanya perkara mudah dan kecil sebegini yang pada asalnya bukan lah sesuatu masalah, tetapi jika ia selalu diketengahkan juga diperbesarkan ianya akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan... Jadi apa kata kita nasihatkan diri kita supaya tidak selalu memperbesarkan perkara kecil ini..
9 comments:
apa yg saya perasan, org kita ni suka sangat sibukkan hal org, tolong sesakkan fikiran sendiri dgn permasalahan org, benda kecik diperbesarkan, betul sangat lah dgn entri ni, setuju sangat
memang susah untuk wat semua orang puas hati ngan kita kan.. :) hahaa
yang penting jadi diri kita sendiri, moga2 kita semua bersatu hati
normal la tu kak.. penyebok namanya..
eh, sy pun kecik n sdg nk besarkan bdn..haha
sbb kat sini hidup aman tenteram..x yah susah-susah carik makan mcm kt somalia..tak yah lari-lari kena bom mcm kt palestin..jd takda hal nk kecoh..kecohla hal yg remeh-temeh
Itu biasa, IEB. Selagi manusia bernama manusia yg diberi Tuhan berbagai ragam dan karenahnya.
"sbb tu akk tak suka nak tegur2 org lain...dulu2 ada gak konon2 nak tegur org tu sbb blog dia serabut la susah nk bc la..last2 dia tulis balik dlm entri dia sindir2..skrg ni kalau jumpa blog mcm tu tekan x jer..malas nk baca..malas nk tegur...psl artis lak..lg kesian,kdg2 sbb hal remeh yg diperbesarkn boleh mendtgkn kesan yg kdg2 langsung tk terjangka..."
setuju 200%....
hai...
jom singgah blog baru sy...yg dulu terpaksa di private....
hehe
Post a Comment